PERJUANGAN INTELEKTUAL TANPA SENJATA

November 12, 2009 at 5:42 pm | In Wake up Call | Leave a Comment

PENEGAKKAN DAULAH ISLAMIYYAH YANG HAKIKI:
PERJUANGAN INTELEKTUAL TANPA SENJATA

Assalamualaikum wbt….
Alhamdulillah…final da setel…hehe insya’Allah pada 20-22hb.11.2009 nie ade program bg sesiapa yg berminat di sekitar kuala lumpur…ia akan membincangkan topik2 yg sgt2 penting dalam Islam..makan dan tambang atau minyk transport disponsor..nti akan diberi ruangan utk claim tambang…khusus kpd muslimin sahaja…bg yg berminat boleh hubungi 013-7172320 – zulkhairi…

Insya’Allah ana ingin berkongi sedikit perkara berkaitan Metodologi Dakwah Rasulullah…
Jika dikaji, Rasulullah tidak pernah berperang sebelum Madinah menjadi Negara Islam. Raulullah juga tidak pernah berkongsi kuasa dgn pihak kufar dalam perihal pemerintahan. Namun, sungguh agung step2 dakwah intelektual tanpa sejata yang dilakukan Rasulullah. Mengapa tidak kita mencontohi Baginda?

JANGAN TERPEDAYA DAN LEKA?!!

Sahabat sekalian, beberapa post telah ana publish utk renungan kita bersama…kita maklum akan peristiwa Keruntuhan Islam Di Turki Uthmaniyah. Kita juga nampak akan kesan2 drpd keruntuhan Khilafah Turki Uthmaniyah dan kecelakaan sekularisme…utk rujukan,sila rujuk di…

1) KERUNTUHAN DAULAH TURKI UTHMANIYAH
2) BAYI ADE,MAK BAPAK TAK ADE?!
3) SEMALAM,HARI INI,MUNGKINKAH ESOK?
4) BAJET : DIMANAKAH LETAKNYA ISLAM?
5) Sistem Sekular Menindas Wanita

Kemuliaan Islam benar2 dicabar setelah kejatuhan Islam. Umat Islam dihina, dibunuh, ditindas… Sang Kapitalis kini yang menetukan baik buruk umat Islam dlm pelbagai aspek tmsuk ekonomi..umat Islam kini hanya mengikut walaupun telah jelas ekonomi Islam yg berbeza dri ekonomi kapitalis..lbih hebat lg, ada yg trus memperjuangkan ideology sesat ini.
Jadi, adakah kita redha akan semua ini? Jgn pernah sesekali redha akan perkara2 yg merendahkan martabat Islam!!!

Ikhwan sekalian…

Usaha-usaha kearah mengembalikan martabat Islam sedang perlangung di seluruh penjuru dunia. Jangan kita tergolong dari mereka2 yg leka, tp bersamalah kita bsama2 menaikkan martabat Islam. Contohilah metode dakwah Rasulullah….

Marhalah Dakwah Rasulullah

Pemuka-pemuka dari Aus dan Khazraj ini telah melakar satu detik bersejarah dalam rentetan perjuangan gerakan Islam terulung di dunia…mereka telah mengisi sebuah perjuangan yang tidak ada tolok bandingnya dalam marhalah kedua dakwah Rasulullah SAW.
Perjuangan Rasulullah boleh diringkaskan seperti berikut….

1. Marhalah Tasqif – tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu2 yang meyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.

2. Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah – tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

3. Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi – tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah ke seluruh penjuru dunia.

Selesai marhalah pertama di rumah Arqam bin Abi Arqam, dan melangkah ke fasa kedua dalam perjuangan suci Baginda SAW membawa risalah ke seluruh penjuru bumi Arab, anggota gerakan Islam ini mula disiksa, ditindas, dimaki hamun; malah ada pengikutnya dibunuh dan ditimpa berbagai bentuk penyiksaan yang sekelumit sahaja dapat dicoret oleh tinta, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tanpa mengenal penat lelah Baginda SAW memohon pertolongan kepada beberapa kabilah untuk melindungi gerakan Islam ini namun hasilnya amat mendukacitakan. Di Thaif kekasih Allah ini dibaling dengan batu, sedangkan binatangpun tidak layak diperlakukan demikian. Kalau adapun kabilah yang mahu membantu, mereka meletakkan pelbagai syarat berbau perkauman namun ternyata Junjungan Mulia SAW menolak, sehingga datangnya jemaah Haji dari Madinah yang sanggup memberikan Nusrah (bantuan dan janji setia) kepada perjuangan Baginda.

Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuang Rasulullah. Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting,
Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Negara Islam dan menerapkan hokum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Ternyata setelah Rasulullah SAW melakukan hijrah ke Madinah, sebagai detik yang dinantinatikan oleh penduduk Yathrib, Kaum Ansar bersedia untuk mempertahankan Baginda SAW dengan kemampuan semaksima mungkin dan tampuk pemerintahan diserahkan kepada Rasulullah SAW dimana Negara yang diasaskan oleh Baginda SAW kemudian menjadi Kuasa Besar di dunia dan diperintah dengan hukum-hakam yang diredhai oleh Allah SWT.

Mahasiwa-mahasiswa yg akan menyambut seruan Ilahi sekalian…

Inilah perjuangan intelektual tanpa senjata yg perlu kita contohi…
“(Dan) Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada Al Khair (Islam), menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran 104).

“Ya Nabiyullah. Dahulu, tatkala kami masih musyrik, kami dimuliakan. Tetapi tatkala kami telah beriman, kami dihinakan”. Rasulullah saw menjawab:
“Aku telah diperintahkan untuk menjadi orang pemaaf. Oleh kerana itu, janganlah kalian memerangi mereka (Quraisy)”. (HR An Nasa’i)

“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: ‘Tahanlah tanganmu (dari berperang), dan dirikanlah salat’” (An Nisa 77).

Sistem Sekular Menindas Wanita

November 7, 2009 at 1:37 pm | In Isu Semasa, Muslimah, Uncategorized | 4 Comments
Nicole Kidman Beri Keterangan

WASHINGTON
22 Okt.- Nicole Kidman memberi keterangan berhubung keganasan terhadap wanita kepada sebuah jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam.

Aktres itu mengakui bahawa Hollywood sendiri mungkin telah menyumbang kepada masalah itu dengan menggambarkan wanita sebagai objek seks yang lemah.

Bagaimanapun, pelakon dan pemenang Anugerah Academy itu berkata, beliau tidak berminat dengan peranan tidak bermaruah itu sambil menambah bahawa industri perfileman juga berusaha menyumbang kepada penyelesaian bagi menamatkan keganasan itu.
Kidman memberi keterangan semalam kepada jawatankuasa kecil Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan yang sedang mempertimbang untuk menggubal undang-undang bagi menangani keganasan terhadap wanita di seluruh negara menerusi bantuan badan kemanusiaan dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan.

Ditanya oleh perwakilan Parti Republik, Dana Rohrabacher sama ada industri perfileman telah memainkan peranan yang buruk, Kidman berkata, ‘mungkin’ namun segera menambah bahawa beliau tidak terlibat.
“Saya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk seluruh kesalahan Hollywood tetapi saya pastinya boleh bertanggungjawab atas faktor kerjaya saya,” katanya.

Kidman hadir menemui jawatankuasa itu sebagai duta Dana Pembangunan untuk Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenali sebagai UNIFEM bagi menyokong Akta Keganasan Terhadap Wanita Antarabangsa.

“Dalam dunia realiti, undang-undang itu tidak dikuatkuasakan dan hukuman yang tidak setimpal telah menjadi satu kebiasaan,” katanya.

Undang-undang itu pernah ditolak sebelum ini, namun seorang perwakilan daripada Parti Demokratik, Bill Delahunt berkata, beliau dan rakan-rakan sejawatnya akan membentangkan akta itu semula dalam masa terdekat.

Bintang Australia itu juga memberitahu Kongres bahawa dana wanita PBB memerlukan lebih banyak sumber.
“Kami perlukan sumber kewangan,” katanya.

Sebelum persidangan bermula, sejumlah penyokong berdiri di penjuru dewan untuk mendengar bintang tersebut berhujah. – AP

Sistem sekular menindas wanita

Sekiranya seorang bintang filem Hollywood yang terkenal seperti Nicole Kidman yang bertaraf public figure di Amerika Syarikat memberikan keterangan tentang keganasan terhadap kaum wanita di Amerika Syarikat, dan lebih-lebih lagi keterangan beliau dibuat di pusat pentadbiran Amerika Syarikat, di Capitol Hill, maka ianya merupakan suatu perkara yang serius yang mendapat perhatian banyak pihak dan bukan perkara yang remeh.

Undang-undang di Amerika Syarikat diasaskan kepada sistem sekular, yang membenarkan bahan lucah dan pornografi dapat diperolehi di mana-mana sahaja seperti di dalam filem, majalah dan alam siber, di tambah pula dengan pusat-pusat maksiat yang menonjolkan wanita sebagai objek seks dan alat pemuas seks bagi lelaki. Secara puratanya seramai 1.3 orang wanita dirogol setiap minit, seperti yang dilaporkan oleh sebuah organisasi yang bernama The Help Line USA, Inc. [http://www.thehelpline.net/Abused.html].

Sebuah kajian yang dibuat oleh Universiti Rochester mengatakan bahawa Amerika Syarikat mempunyai kadar jenayah rogol terhadap wanita yang paling tinggi di kalangan negara maju [http://sa.rochester.edu/masa/stats.php].

Sebuah lagi kajian daripada U.S. Department of Justice mengatakan bahawa secara puratanya seorang wanita dirogol setiap 2 minit, [laporan ‘Violence against Women’, Bureau of Justice Statistics, U.S. Dept. of Justice, 1994, http://www.paralumun.com/issuesrapestats.htm].

Pada 7 Febuari 2008, Reuters melaporkan sebanyak satu perempat dari jumlah kaum wanita di Amerika Syarikat pernah menjadi mangsa keganasan fizikal, sama ada oleh suami atau bekas suami mereka, atau oleh teman lelaki atau bekas teman lelaki mereka. Ini diperoleh dari suatu kajian yang dibuat oleh Center for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat. Laporan CDC juga menyebut bahawa seramai 1,200 wanita terbunuh dan 2 juta menjadi mangsa keganasan fizikal setiap tahun di Amerika Syarikat.

Hollywood yang terletak di wilayah California yang merupakan wilayah yang  paling banyak mengeluarkan filem lucah atau filem porno di Amerika Syarikat. Tidaklah menghairankan sekiranya Nicole Kidman menyalahkan Hollywood sebagai salah satu penyumbang kepada keganasan terhadap kaum wanita di Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat sebagai negara bapa sekularisme mendakwa bahawa sistem sekular merupakan sistem yang paling baik dan kononnya memberikan ‘kebebasan dan hak sama rata’ kepada kaum wanita.  Lebih dari itu, mereka juga sering menyelar negara-negara lain terutamanya di Timur Tengah yang “menafikan hak dan kebebasan wanita”. Mereka mengkritik pemakaian hijab, jilbab dan burqa yang dikatakan “menindas” kaum wanita. Namun, apabila kita melihat fakta-fakta di atas (dan banyak bukti lain) dan pengakuan yang dilakukan oleh Nicole Kidman, semua ini membuktikan bahawa segala slogan perjuangan hak wanita yang kerap digembar-gembur dan dikatakan telah mencapai tahap yang membanggakan di Amerika hanyalah gambaran kulit luar yang hakikatnya menyembunyikan kudis dan kurap yang busuk. Apa yang berlaku bukannya ‘pembebasan’ wanita bahkan wanita pula yang semakin banyak menjadi mangsa penindasan dan keganasan!

Sahabat2 sekalian…
inilah yg dikatakn dgn sekular-pemisahan antara agama dgn kehidupan. bersamalah kita mempraktikkan Islam yang syumul ini secara kaffah(menyeluruh). bersamalah kita kearah kebangkitan Islam.

BAJET : DIMANAKAH LETAKNYA ISLAM?

October 29, 2009 at 5:29 am | In Isu Semasa, Uncategorized | 1 Comment

Assalamualaikum wbt…
Sedang bahang2 aura final exam, ana tertarik pula akan pembentangan Bajet 2010 baru2 ini…alangkah peliknya umat Islam hari ini kerana langsung tidak pedulikan ekonomi Islam dan berkelakuan seolah-olah Islam tidak mengajar cara berekonomi…

Saidina Umar alKhattab…Khalifah Umar Abdul Aziz…nama ini tidak asing bagi kita sebagai pemerintah yg telah memerintah negara dengan cemerlang. Melimpah ruah kekayaan negara yg dipimpin oleh mereka. Islam telah berkembang 2/3 dunia di bwh naungan Khilafah…mana mungkin sesebuah negara boleh berkembang jika tiada ekonomi yg baik…tp pada hari ini, suara mejoriti lebih berkuasa dari hukum Allah.. Apakah para Khalifah dan Rasulullah SAW pernah membentangkan bajet negara untuk diluluskan secara majoriti?

Ikhwan sekalian..
Sesungguhnya tidak ada konsep ‘pembentangan’ bajet tahunan di dalam Daulah Islam. Ini kerana, tidak ada ‘undang-undang’ yang perlu dibuat (atau diluluskan dengan suara majoriti) setiap tahun berhubung bajet negara. Bajet negara juga tidak perlu dibentangkan kepada Majlis Ummat (Majlis Syura) dan pendapat mereka juga tidak perlu diminta. Dalam sebuah negara demokrasi, persoalan bajet dengan segala rinciannya adalah satu perkara (yang mesti dijadikan) undang-undang. Ia perlu dijadikan undang-undang pada setiap tahun. Undang-undang dalam sistem demokrasi pula perlu digubal di Parlimen. Kerana itulah, bajet mestilah ‘dibentangkan’ (sebagaimana rang undang-undang lainnya) di Parlimen bagi mendapatkan kelulusan. Daulah Islam tidak memerlukan ini semua! Perbendaharaan dalam Daulah Khilafah wajib diatur berdasarkan hukum syarak yang diistinbat (digali) dari Al-Quran dan Sunnah, dan wajib dibelanjakan, juga berdasarkan hukum syarak yang ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah. Kesemua ini merupakan hukum syarak yang bersifat tetap dan manusia tidak dibenarkan mengatur sumber pendapatan dan perbelanjaan negara mengikut akal-akal mereka. Setiap kategori dalam bajet adalah bersifat ‘tetap’ kerana telah ditetapkan oleh syarak.

Bajet 2010 Vs. Ekonomi Islam…
Baik secara umum mahupun secara rincinya, bajet yang dibentangkan oleh kerajaan adalah bertentangan dengan Islam. Ini kerana, hal ini tidak pernah ditunjukkan oleh Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa sahaja yang melakukan suatu amalan yang tidak menepati urusan kami maka ia adalah tertolak” [HR Muslim dan Ahmad].

Antara sebab dan nas-nas lain adalah:-

Pertama: Sumber pendapatan terbesar bajet Kapitalis adalah dari cukai atau berasaskan cukai. Padahal, memungut cukai adalah sesuatu yang teramat jelas haramnya. Islam telah menerangkan keharaman cukai dengan tegas di mana Rasulullah SAW bersabda,

“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga.” [HR Ahmad, Abu Dawud dan Al-Hakim].

Sabda baginda yang lain,

“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].

Baginda juga bersabda,

“Sekiranya kamu menjumpai pemungut ’usyur (cukai yang dipungut di sempadan antara negara Islam dan negara kufur), maka bunuhlah dia” [Musnad, Imam Ahmad bin Hambal].

Justeru, haram bagi negara memungut cukai dari rakyat untuk pendapatan negara.

Kedua: Bajet itu juga tidak membezakan jenis pemilikan yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu antara pemilikan individu, pemilikan negara dan pemilikan umum. Oleh itu, adalah haram jika kerajaan mengumpul harta kekayaannya hasil daripada cukai atau hasil dari rampasan milik individu (milkiyyah al-fardiyyah) seperti pelbagai jenis cukai dan bayaran paksaan lainnya. Juga, haram bagi kerajaan mengaut keuntungan dari kekayaan/hak yang berupa milik awam (milkiyyah al-ammah) seperti minyak, gas, galian, air, elektrik, pendidikan, kesihatan dan seumpamanya Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW,

“Harta seseorang Muslim itu tidak dihalalkan (bagi Muslim yang lain), kecuali dengan kerelaan hatinya.”

Baginda juga bersabda,

“Harta setiap orang Islam, kehormatannya dan darahnya diharamkan bagi orang Islam yang lain” [HR Abu Dawud dan Ibnu Majah].

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi SAW bersabda,

“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud].

Anas r.a pula meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas r.a tersebut dengan tambahan, “wa tsamanuhu haram” (“dan harganya adalah haram”).

Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda,

“Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api” [HR Ibnu Majah].

Air, padang ragut dan api (tenaga) adalah tiga perkara yang Rasulullah benarkan semua orang berkongsi di dalamnya dan baginda melarang mana-mana orang/pemerintah menghalangi orang lain dari menggunakannya, apatah lagi mengaut keuntungan darinya sepertimana yang dilakukan pemerintah saat ini.

Hasil Pendapatan Daulah Islam
Ramai diantara kita terfikir sekiranya cukai hukumnya haram,bagaimana negara mahu mendapatkan hasil…Insya’Allah ana akan bentangkan secara ringkas Hasil tetap Daulah Islam.

1. Harta milik negara. Harta ini dibelanjakan mengikut pandangan dan ijtihad khalifah.

Sumber Pendapatan
1. Kharaj (bayaran ke atas tanah yang dimiliki penduduk dari wilayah dimiliki penduduk dari wilayahyang ditakluk Khilafah)
2. Usyur (duti import kpd kafir harbi)
3. Jizyah (dipungut setiap tahun dari
orang2 kafir zimmi yg mjd warga Khilfah
4. Fa’i (harta rampasn prg krn musuh lari)
5. Ghanimah (20% diambil l drpd rmpasan prg)
6. Rikaz (1/5 drpd brg2 yg ditemui)
7. Industri besi dan keluli
8. Industri lain yg dimiliki daulah

Perbelanjaan…
Harta ini dibelanjakan untuk kemaslahatan mengikut pandangan Khalifah. Harta ini juga digunakan untuk membayar gaji pegawai daulah.

2. Zakat iaitu sbg ibadat dan menjadi kewajipan umat Islam untuk megeluarkannya dan dibelanjakan mengikut 8 asnaf yg tlah ditentukan oleh nash syara’

Zakat
1. Zakat fitrah
2. Zakat harta:
a) Tanaman
b) Ternakan
c) Emas dan perak
d) Perniagaan

Perbelanjaan…
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil
4. Pembebasan hamba
5. Berjihad dijalan Allah
6. Ibnu Sabil
7. Gharimi – orang yg bhutang
8. Muallafah qulubuhum – orang yg dpujuk hatinya untuk masuk Islam

3. Harta milik awam untuk dimanfaatkan oleh semua orang dengan cara Khalifah mengagihkan sama rata harta kekayaan tersebut kpd semua rakyat.

Pendapatan
1. Petroleum
2. Harta kekayaan dari hasil galian
3. Bayaran elektrik
4. Keuntungan laluan keretapi
5. Keuntungan saluran telekomunikasi
6. Dan harta milik
awam yang lain

Perbelanjaan…
Ia dibelanjakan utk suatu aktvti yg boleh memberikn mnfaat kpd semua rakyat. Harta kkayaan ini juga boleh diberikan secara sama rata untuk menaikkan taraf hidup rakyat.

4. Cukai atau dana yang dikkutip apabila Baitul Mal tidak mempunyai wang untuk memenuhi keperluan apabila berlakunya kecemasan atau bencana alam.

Pendapatan…
Cukai iaitu wang yg dikutip drpd org Islam yg kaya. Ia hanya dibenarkan apabila tiada wang dalam Baitul Mal

Perbelanjaan…
1. membiayai fakir, miskin, ibnu sabil, org Islam yg masih terlantar dan jihad.
2. Menguruskan pentadbiran Daulah
3. Menjamin kemudahan asas bagi rakyat
4. Bencana alam

Sahabatku sekalian
Bukankah Islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi drpdnya. Mengapa perlu kita berteguh kpd sistem ekonomi kapitalis ini. Sedarlah, Islam adalah wahyu dari Allah. Kita juga diberikan nyawa oleh Allah. Adakah kita bahagia dengan tidak bersistemkan pada sistem Allah?

MALAYSIA SYURGA BAGI PELACUR!!!

October 8, 2009 at 3:24 pm | In Isu Semasa, Uncategorized | Leave a Comment

Assalamualaikum wbt…

da agk lame ana xupdate blog nie…agk bz la plak..insya’Allah kali nie ada lagi satu perkara utk dikongsi utk kegunaan kita bersama iaitu berkaitan coretan akhbar berkaitan pelacuran sejak 4thn ini…

36,858 pelacur asing kena tahan

KUALA LUMPUR: Seramai 36,858 wanita warga asing ditahan kerana melacur sejak empat tahun lalu di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata daripada jumlah itu, 7,810 wanita asing ditahan sepanjang sembilan bulan tahun ini.

“Mereka termasuk wanita Uzbekistan. Seramai 211 wanita negara itu ditahan sejak 2005 dengan 56 daripadanya ditahan tahun ini.   “Perangkaan itu cukup membimbangkan kerana boleh menjejaskan imej negara jika tidak ditangani segera,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pelacur asing terbabit, terutama dari Uzbekistan mampu menikmati kehidupan mewah hasil kegiatan tidak bermoral itu seperti dilaporkan media sebelum ini termasuk pendapatan RM100,000 sebulan.  “Polis memandang serius kegiatan ini dan operasi sentiasa dijalankan bagi membendungnya. Sejak sejak 2005 hingga 30 September lalu, 191 individu dihadapkan ke mahkamah kerana menganjurkan pelacuran.   “Seramai 265 individu lagi dikenakan tindakan undang-undang pencegahan. Polis akan menggempur sarang pelacuran di seluruh negara bagi memastikan Malaysia bersih kegiatan tidak bermoral,” katanya.

Beliau turut meminta agensi berkaitan terutama Jabatan Imigresen memperketatkan pemeriksaan wanita warga asing di semua pintu masuk negara.

Sumber:(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20091006013601/Article/index_html)

Ulasan Zulkhairi…

Aduh…dhsyatnye statistik ni…cukup menejutkan.ini hanyalah statistik bagi warga asing,bagaimana pula warga tempatan.jika diperhati pada topik ana yg lepas (Bayi ade,mak bapak xde?),tahulah kita apakah sedikit berkaitan masalah2 yg berlaku bagi warga tempatan…arak,judi,zina dan zina seolah2 tiada penyelesaian di Malaysia…Astaghfirullah…

Di mana peranan pemerintah?jika di bln suci Ramadhan dijadikan alasan utk tidak melaksanakan hukum Islam bagi kes Kartina,bagaimana pula pada hari ini?

Wahai pemerintah  yang berkuasa pada hari ini! Kamu adalah orang yang memegang kekuasaan. Apakah angka statistik yang dipaparkan ini tidak membawa apa-apa makna kepada kamu? Apakah kamu merasa tidak bersalah dengan keadaan ini? Ketahuilah bahawa semakin ramai individu masyarakat yang berada di bawah kekuasaan kamu ini yang menganggap kebahagian itu sebagai pemuasan hawa nafsu semata-mata. Inilah natijah dari penerapan sistem yang mengenepikan peranan Allah dalam kehidupan.

Wahai sahabatku sekalian…sadarlah kita akan peranan kita sebagai seorg muslim.bukan sekadar solat,puasa,zakat dan mgerjakan haji semata-mata…tetapi diwajibkan ke atas kita memikul peranan dakwah.AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR!adakah setelah ahli keluarga kita terlibat dgn masalah ini baru kita mula melenting…

Bangkitlah dgn fikrah(pemikiran) Islam yg jelas.bangkitlah dgn thariqah(jalan) yg jelas.semakin lambt kbgkitan Islam,smakin sengsara umat Islam…mereka berasa bahagia dgn maksiat yg dilakukan,sebenarnya kesengsaraan  dan azab yg dahsyat menanti mereka…adakah kita terlepas??bersamalah kita beruasaha bersama mengembalikan syariat Islam dgn adanya sistem pemerintahan Islam sebagaimana jln kenabian iaitu Khilafah…

Insya’Allah semoga apa yg disampaikan ini dpt kita manfaatkan bersama…sekian,wslm…

KEBANGKITAN MAHASISWA!!!

September 28, 2009 at 3:54 pm | In Wake up Call | Leave a Comment

Memperkenalkan sebuah blog gabungan pelajar-pelajar mahasiswa seluruh Malaysia.

Padat dgn fakta-fakta dan kajian…

Renungkan,fikirkan dan luahkan…

Ayuh sekalian mahasiswa….bangkitlah bersama-sama ke arah perjuangan hakiki!!!semoga kita menperoleh kebaikan bersama,insya’Allah…

SEBULAN RAMADHAN, SATU TUHAN, SATU NABI, SATU KITAB, SATU KIBLAT, SATU UMAT, SATU DAULAH, SATU KHALIFAH, SATU MISI, ALLAHU AKBAR!!!

September 10, 2009 at 12:24 am | In Wake up Call | Leave a Comment

Assalamualaikum…

Sedar tak sedar,kita telah berada di pertghn Ramadhan…

Jika pada post yg lps ana telah menceritakan sedikit perkara berkaitan peristiwa-peristiwa penting pada bulan Ramadhan yg kurang disedari masyarakat, insya’Allah pada post kali ini sekali lagi perkara penting yg mesti diambil perhatian,renungan dan tindak balas oleh kita sbg manusia yang berakal.

Tahun ini sama seperti tahun-tahun yg lepas…adakah kita tidak sadar??? adakah kita tidak sadar  bahawa setiap Ramadhan yg kita lalui belasan atau  puluhan tahun selama ini, umat Islam laluinya dalam keadaan berpecah disempadani sempadan palsu ciptaan penjajah…

Ramadhan Di Masa Rasulullah Dan Khilafah…

Baginda bersabda, “Tidaklah seorang hamba berpuasa satu hari dalam jihad fi sabilillah melainkan pada hari itu Allah menjauhkan wajahnya dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.” [HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi].

Antara peristiwa2 di bulan Ramadhan,bolehlah rujuk di episode sebelum ini… http://ihsasulfikri.wordpress.com/2009/08/23/ramadhan-bulan-ruhiyyah-dan-siasah/

Catatan sejarah membuktikan kepada kita bahawa bulan Ramadhan bukan sahaja dipenuhi dengan ibadah khusus tetapi juga penuh dengan perjuangan untuk menyebarkan agama Allah dan meninggikan syiar Islam. Beberapa peristiwa yang tercatit juga menunjukkan betapa Rasulullah dan para khalifah sentiasa berusaha menyebarkan rahmat Allah di mukabumi dengan jalan dakwah dan jihad meskipun mereka dalam keadaan lapar dan dahaga. Mereka tidak rela melihat dan membiarkan umat Islam terus berada di bawah kekuasaan musuh mereka. Mereka sentiasa memerangi kaum kuffar demi menjaga nasib umat Islam dari ditindas dan diancam oleh musuh Allah.Subhanallah,sungguh terpelihara kesucian maruah umat2 Islam…bagaimana hari ini? Ramadhan dilalui dgn tiadanya satu agensi penyelamat umat…tiada agensi yg dpt mengawal kes2 jenayah drpd berleluasa?adakah kita bahagia dgn kehidupn skrg?jika hari ini kita masih merasa ucapan syahadah, apakah kita dapat menjamin anak2 kita nanti akan meneruskan ucapan syahadah?jika anak kita melebihi 18thn,sudah bebas utknya di ngre ini utk menukar agma….BAHAGIAKAH KITA? 

KEMBALILAH KHILAFAH ISLAM!!!

Kejatuhan Turki Uthmaniyah pada 3 Mac 1924 (http://ihsasulfikri.wordpress.com/2009/08/19/keruntuhan-daulah-turki-uthmaniyah/) merupakan detik hitam bagi umat Islam?adakah ia sekadar menjadi sejarah silam yg tiada apa2 makna bagi kita?umat Islam dipandg lemah oleh sang musuh2 Islam…sedangkan…

“Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui” [TMQ Al-Munafiqun (63):8]

Wahai kaum Muslimin! Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah meninggalkan kita hanya dengan satu negara, bukan 57. Rasulullah telah meninggalkan kita dengan sebuah penyatuan, bukan perpecahan. Demi Allah wahai saudaraku! Rasulullah tidak ingin dan tidak redha melihat umatnya berpecah belah. Justeru, marilah kita kembali menggembeling segala usaha dan kekuatan untuk meyatupadukan semula umat Islam di bawah satu kesatuan Daulah Khilafah. Inilah penyatuan hakiki umat Islam. Pada bulan Ramadhan tahun ini, selama 85 tahun kita telah menyambut Ramadhan tanpa Khalifah. Tentunya umat Islam yang ikhlas amat merindukan pidato dan khutbah Ramadhan yang satu untuk seluruh kaum Muslimin sedunia. Untuk membangkitkan kerinduan akan tradisi itu serta menyatukan perasaan dan pemikiran kita, maka kami cuba mengangkat kembali khutbah Ramadhan Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam agar kita dapat menghayatinya. Mengingatkan tidak adanya Khalifah yang dapat kita dengar khutbah Ramadhannya pada hari ini, maka kami paparkan pesanan yang telah dikhutbahkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam lebih kurang 1,300 tahun yang lepas dengan harapan kedatangan Ramadhan kali ini akan memberikan momentum kepada kita untuk terus bergerak menegakkan Daulah Khilafah. Insya Allah.

“Perumpamaan orang-orang Muslim, bagaimana kasih sayang dan tolong menolong terjalin antara mereka, adalah laksana satu tubuh. Jika satu bahagian merintih merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh akan bertindakbalas dengan berjaga( tidak dapat tidur) dan merasa demam lantaran reaksi tubuh”[HR Muslim]

“Sesungguhnya imam adalah laksana perisai, yang (umat) akan beperang dan berlindung di belakangnya”. [HR Muslim, Abu Dawud, An Nasa’i, Ahmad dari Abu Hurairah]

“Masa kenabian akan hadir di tengah-tengah kalian selama Allah menghendaki. Allah kemudian mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Muncullah kemudian Khilafah yang tegak di atas manhaj kenabian yang akan tetap ada selama Allah menghendakinya. Allah lalu mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Muncullah kemudian kekuasaan yang zalim selama Allah menghendakinya. Allah kemudian mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Selanjutnya, muncullah kembali Khilafah yang tegak diatas manhaj kenabian. Setelah itu, Rasulullah saw diam” [HR Ahmad]

Khutbah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam…

August 28, 2009 at 4:56 pm | In Renungan, Uncategorized | Leave a Comment

Assalamualaikum…insya’Allah sedikit perkongsian tentang salah satu khutbah Rasulullah SAW..semoga kita dpt manfaatkannya bersama….

Imam Ibnu Khuzaimah dalam kitab At Targhib Juz II/217-218 meriwayatkan satu hadis dari sahabat Salman r.a yang mengatakan bahawa Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pada hari terakhir bulan Sya’ban berkhutbah di hadapan kaum Muslimin sebagaimana berikut:

“Wahai manusia! Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh satu bulan yang agung lagi penuh berkah, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah telah menjadikan puasa kepadaNya suatu kewajiban dan qiyam (solat) pada malam harinya suatu tathawwu’ (ibadah sunat yang sangat dianjurkan). Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan (sunat) di dalamnya (ia diganjar pahala) sama seperti menunaikan kewajiban di bulan Ramadhan. Sesiapa yang melakukan ibadah yang wajib (ia diganjar pahala) sama dengan orang yang mengerjakan 70 kali kewajiban tersebut di bulan yang lain.Ramadhan adalah syurga (al jannah). Ramadhan itu bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga (al jannah). Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin di dalamnya. Siapa saja yang pada bulan itu memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka perbuatan itu menjadi pengampunan atas dosa-dosanya, kemerdekaan dirinya dari api neraka. Dan ia mendapatkan pahala seperti pahala orang berpuasa yang diberinya makanan berbuka itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu”. Para sahabat berkata: “Ya Rasulullah, tidak semua dari kami memiliki makanan berbuka untuk orang-orang yang berpuasa”. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menjawab: “Allah memberikan pahala kepada orang yang memberikan sebutir korma sekalipun atau sekadar seteguk air atau sehirup susu. Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari orang yang dikuasainya (hamba sahaya atau bawahannya), nescaya Allah mengampuni dosanya dan membebaskannya dari api neraka. Kerana itu perbanyakkanlah empat perkara di bulan Ramadhan ini. Dua perkara yang dengannya kalian menyenangkan Tuhan kalian dan dua perkara lainnya sangat kalian harapkan. Dua perkara yang kalian lakukan untuk menyenangkan Tuhan kalian adalah: mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kalian memohon ampunan kepadaNya. Adapun dua perkara yang sangat kalian harapkan adalah kalian memohon syurgaNya dan berlindung dari api neraka. Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang bepuasa nescaya Allah akan memberinya minum dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasa haus lagi sesudahnya hingga ia masuk syurga”.

Semoga ia dpt menjadi renungan kpd kita yg berakal sihat utk berfikir dan beramal dgnnya. Jazakallah…

RAMADHAN – BULAN RUHIYYAH DAN SIASAH

August 23, 2009 at 5:44 pm | In Wake up Call | 1 Comment

Assalmualaikum…Salam Ramadhan Almubarak….(“,)

Da bbrpe hari da puase ni…huhu

Semoga Ramadhan kali ini dpt kita manfaatkn sebaik2nya…

Seronoknya terasa di bulan yg indah ini apabila suasana hitam berubah menjadi terang.suasana umat yg leka dgn dgn aktiviti dunia brubah menjadi khusuk kpd aktvt2 berunsur ruhiyyah.siaran tv yg sebelum2 ini terlalu byk unsur maksiat berubah kpd unsur2 islamik.jika dahulunya cerita2 arab sering ditayangkn spnjg bulan Ramadhan,ttpi pd hari ini cerita2 temptn sudah byk yg dpt kita saksikn…antara cerita tahunan yg mndpt perhatian pd bulan ini ialah ‘Jejak Rasul’…byk input2 yg berguna dpt kita peroleh dari rancgn tersebut.

Tetapi agak menyedihkan apabila cerita2 yg baik sebegini menjadi trend di mana hanya disiar pada bulan Ramadhan sahaja. setelah tamat bulan ini,kembalilah kita melihat terlalu byk maksiat yg akan ditygkn di tv tnpa segn silu…ADAKAH ISLAM HANYA PADA BULAN RAMADHAN?

Jika diperhalusi,di radio atau crmh2 di tv,topik2 yg dibahaskan pada bulan ini hanyalah berunsur spiritual(ruhiyyah) semata-mata…Kisah2 Rasulullah dan para sahabat hanya digambar hanya dari segi aspek Ibadah…seolah-olah tiada aspek siasah(politik) yg diperjuangkan oleh Rasulullah dan para sahabat..siasah(politik) bermaksud mengatur urusan umat.mnkla politik Islam ialah mengatur urusan umat dgn cara Islam…bknkah Rasulullah dan para sahabat berjuang menjadikan Islam sebagai mabda’(cara hidup) bg setiap individu, masyarakat dan negara.inilah hasil kejayaan ’sang sekular’ yg cuba memisahkan antara agama dgn kehidupn dlm jiwa umat Islam..Islam hanya dilihat dari aspek ruhiyyah tetapi diabaikan dlm aspek kehidupan..kini kita sebagai manusia yg sadar,igtlah kita bahwa Ramadhan ialah bulan Ruhiyyah dan Siasah(politik)

Peristiwa-peristiwa Penting Dalam Bulan Ramadhan:

1) Perang Badar – Pagi Jumaat 17Ramadhan Tahun 2Hijrah.

  • Inilah perang yg pertama umat Islam. Di mana pada ketika itu umat Islam hanyalah 300 orang menentang quraish Makkah yg seramai 1000 orang. Bayangkan lah sekiranya kesemua 300 org ini gugur di medan Jihad,tiadalah kita pada hari mengucap Syahadah. Apakah perang ini tidak memberi apa-apa makna kpd kita? Alhamdulillah,dgn izin Allah kemenangan perpihak kpd umat Islam dan kemenangan ini memperkuatkan lagi Daulah Islamiyah.

2) Pembebasan kota Makkah - 20 Ramadhan Tahun 8Hijrah

  • Kota Makkah dibebaskan tanpa pertumpahan darah

3) Persiapan perang khandak - 5Hijrah

4) Kepulangan para pejuang Islam dari Perang Tabuk

5) Utusan Thaif datang ke Madinah untuk menyatakan keIslaman

6) Utusan raja-raja Himyar datang untuk menyatakan keIslaman (9H)

7) Utusan raja-raja Himyar datang untuk menyatakan keIslaman (9H)

Byk lagi peristiwa2 penting kepada peluasan Islam yg berlaku pada Bulan Ramadhan ini yg tidak hanya merujuk pada ruhiyyah semata-mata. contohnya, Muhammad Sa’id Mursy dan Qasim Abdullah di dalam bukunya, Ramadhaniyat mencatat sejumlah peristiwa politik yang berlaku di bulan Ramadhan. Antaranya adalah kejayaan Salahuddin al-Ayubi menghancurkan dan menguasai kota ‘Asqalan, yang merupakan pintu masuk ke Al-Quds. Pada hari penaklukannya Salahuddin al-Ayubi berkata, “Demi Allah, sesungguhnya penghancuran benteng di ‘Asqalan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku. Ini adalah kerana penguasaan ‘Asqalan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin”. Pada 583Hijrah, Salahuddin al-Ayubi berjaya mengalahkan tentera Salib dan membebaskan sebahagian besar negeri yang telah dikuasai. Tentera Islam terus berperang sehingga berjaya merampas benteng Shafad yang terkuat. Ini berlaku pada pertengahan Ramadhan. Pada tahun 658H(Jumaat 25 Ramadhan), tercetus Perang Ain Jalut antara kaum Muslimin dan pasukan Tartar. Ia merupakan perang besar dalam sejarah Islam di mana tentera Islam yang diketuai oleh Saifuddin Qutuz telah berjaya mengalahkan tentera Mongol yang terkenal kejam itu.

saudaraku sekalian…

semoga apa yg disampaikan ini dpt kita memahami konteks Islam Kaffah(menyeluruh) yg mana Ruhiyyah dan politik tidak terpisah dalam Islam…semoga Ramadhan kali ini dpt dirasai penuh kemikmatannya…da’wah is non-stop walaupun pada bulan Ramadhan…

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu (bayyinat) dan pembeda / furqan (antara haq dengan bathi)” [TMQ al-Baqarah [2]: 185]

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah” [TMQ Imran[3] : 110]

WE ARE NOTHING WITHOUT ISLAM…

KERUNTUHAN DAULAH TURKI UTHMANIYAH

August 19, 2009 at 4:12 pm | In Wake up Call | 1 Comment

Assaloamualaikum….

Insya’Allah kali ini ana ingin bkongsi sdikit fakta sejarah kpd semua pelawat ihsasulfikri.wordpress.com berkaitan dgn fakta keruntuhan Daulah Islamiyah yg sepatutnya menjadi benteng umat Islam. Jika diperhati artikel2 ana sblm ini byk ajakan ana agar bersama2 mengembalikan Daulah Islamiyah. Sedikit persoalan berkaitan ‘bilakah Daulah runruh dan bagaimana ia boleh runtuh’ menjadi tnda tya kpd kita…juga persoalan bagaimanakah proses utk mengembalikan negara Islam ini dan apakah yg patut ada pada ngra dan bagaimanakah proses perlantikan seorg pemimpin Islam(Khalifah) akan menjadi tanda tanya yg sgt kuat kpd mereka yg mengkaji…tetapi fokus ana pada hari ini ialah menceritakan fakta2 Keruntuhan Daulah Turki Uthmaniyah.

Dua objektif pada topik ana pada hari ini ialah :

  1. Menerangkan sebab-sebab kelemahan umat Islam pada era Turki Uthmaniyyah.
  2. Memberi gambaran apa yang berlaku beberapa tahun sebelum keruntuhan Turki Uthmaniyyah iaitu peranan Mustapa Kamal Attarturk dan British.

Lembaran sejarah umat Islam telah melakarkan kegemilangan dan kecemerlangan sejak zaman-berzaman. Apakah bentuk-bentuk kejayaan tersebut?

Ikhwan sekalian,ingatkah kita bahwa Madinah ialah negara Islam pertama?sistem sebagaimana masa kenabian yg mana pembukaan Kota Makkah dan menggegarkan negara besar seperti Rom dan Parsi diteruskan pada zaman Khulafa’ Arrashiddin yg mana membebaskan Iraq, Mesir dan Syam. Sistem Islam tidak berakhir pada pemerintahan Saidina Ali sahaja tetapi diteruskan pada Khalifah Bani Umayyah. Fuh,sungguh bangga kita umat Islam apabila mendengar cerita2 pada zaman ini di mana adanya pemimpin yg sungguh hebat seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Di zaman ini juga Islam memayungi 2/3 dunia.Subhanallah…

Sekiranya Bani Umayyah terkenal dgn pembebasan bumi Islam, Bani Abbasiyyah pula terkenal dgn Tamadun Islam. Pendidikan,politik,ekonomi dan pelbagai aspek kita dapat pelajari pada zaman ini.Kemakmuran ekonomi dan budaya keilmuan berkembang mekar di kalangan umat.

Tampuk pemerintahan kemudiannya beralih kepada Turki Uthmaniyyah, yang terkenal dengan kecanggihan dan keteguhan dari segi ketenteraannya. Kemuncak kegemilangan ini diwarnai dengan pembukaan kota Constantinople seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah saw.

Persoalannya sekarang, bagaimana sebuah tamaddun – yang begitu kuat, berpengaruh serta makmur selama 13 abad – menjadi begitu mundur, tertindas, dan hina malah kebanyakannya tersenarai dalam negara dunia ketiga? Apakah sebenarnya yang menjadi punca segala kemunduran ini?

 Ia boleh diketegorikan kpd dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran…

Faktor dalaman…

  1. Pengabaian Bahasa Arab – Hingga berakhirnya masa Khilafah Abbasiyah, Islamisasi selalu seiringan dengan “arabisasi”. Bahasa Arab klasik sebagai bahasa Qur’an, menjadi bahasa internasional, bahasa silaturahmi ummat Islam, dan bahasa ilmu pengetahuan. Namun, pada masa Khilafah Utsmaniyah, tradisi itu ditinggalkan, konon agar Islam lebih mudah “diserap” tanpa barier bahasa Arab. Akibatnya di negeri-negeri yang belum berbahasa Arab, bahasa Arab menjadi “hak istimewa” selapis kecil elit terpelajar saja, sedang bagi ummat, khazanah ilmu dalam bahasa Arab, menjadi tertutup.  Kitab-kitab Arab menjadi “kitab rahsia” yang suci dan kalimat-kalimat Arab hanya menjadi mentera-mentera sakti (e.g. dalam aktiviti menghalau hantu).
  2. Kurangnya ijtihad dan kemunduran daya berfikir – Ketika bahasa Arab terabaikan, ijtihad tidak bisa lagi dikerjakan dengan cukup, sedangkan setiap hari umat Islam berhadapan dengan benda-benda baru yang perlu penjelasan daripada syarak. Hanya melalui ijtihad sajalah perkara-perkara yang baru ini dapat dijelaskan kedudukan hukumnya. Sedangkan ijtihad hanya bisa dikerjakan dalam bahasa Arab klasik, agar seorang mujtahid bisa benar-benar memahami sumber-sumber syar’i.  Akibatnya, mundurnya proses ijtihad menyebabkan daya berfikir umat Islam juga mundur. Contohnya, ketika era kemunduran ini, sesetengah ulama mengharamkan penggunaan ‘speaker dan microphone’ yang dicipta di Barat kerana menganggap suara yang keluar daripadanya ialah suara syaitan. Kemunduran daya berfikir umat Islam telah membawa umat tertinggal jauh di belakang daripada Barat dalam aspek sains dan teknologi sehingga Dunia Islam dikejutkan dengan Revolusi Industri di Barat.
  3. Kemasukan pemikiran-pemikiran asing – sejajar dengan berkembangnya sempadan Islam, umat telah bertembung dengan pemikiran masyarakat setempat seperti falsafah Yunani, Mesir, Parsi dan India. Masyarakat Islam setempat itu tidak membuangkan falsafah-falsafah ini daripada pemikiran mereka malah meng’Islam’kan falsafah ini sehingga fikrah Islam dicemari dan bercampur-campur dengan pemikiran bukan Islam. Akhirnya, fikrah-fikrah Islam pada diri umat Islam sudah manjadi semakin kabur dan lemah (e.g. hak kebebasan, majoriti sebagai tolok ukur kebenaran, persandingan pengantin, kenduri arwah pada hari tertentu, ayat al-Quran sebagai azimat untuk melawan hantu dan sebagai ayat pengasih dll).
  4. Perpecahan di kalangan umat Islam– disebabkan sempadan Daulah Islam ketika empayar Islam Uthmaniyyah terlalu besar (1/3 dunia) sehingga khalifah tidak mampu mengawal kesemuanya dengan teknologi yang ada pada ketika itu. Kekuasaan khalifah menjadi longgar dan muncul Sultan-sultan di setiap wilayah Islam (seperti Sultan di Arab Saudi, Jordan, Delhi). Kekuatan umat Islam mula tidak bersatu dan terpecah-pecah. Umat Islam pula memikirkan tanggungjawab mereka atas penderitaan ummat di wilayah lain tinggal hanyalah sebatas pada doa dan sedekah yang tidak seberapa. Ini memudahkan sentimen nasionalisme (e.g. Semangat Turki, KeAraban, India, dsb) mulai menyerap masuk di kalangan umat dan menyemarakkan lagi perpecahan dunia Islam. Akhirnya, wilayah-wilayah Islam merasakan mereka dijajah oleh Khalifah Turki kemudian memerdekakan (memisahkan) diri mereka daripada Daulah Islam.

Faktor luaran…

  1. Ancaman ketenteraan oleh musuh Islam khususnya Barat – daulah Islam sentiasa mempunyai musuh daripada pihak kufar. Negara-negara Kufar seperti Rusia, Britain dan Perancis adalah musuh ketat Daulah Islam Turki. Mereka sentiasa mencari jalan untuk mengalahkan kuasa Islam. Mereka sentiasa berperang dengan umat Islam mulai Perang Salib sehingga Perang Dunia Pertama di mana kekalahan Daulah Islam Turki mengakibatkan wilayah-wilayah Islam dipecah-pecahkan dan diserahkan kepada mereka.
  2. Konspirasi politik dan kebudayaan – Setelah gagal melalui Perang Salib, musuh Islam menyerang dari segi politik dan kebudayaan. Misionari telah dihantar ke dalam Daulah untuk menyebarkan idea-idea asing serta sentimen nasionalisme. Idea sekular pula disuntik melalui golongan yang menerima pendidikan Barat. Gerakan Freemason juga bergiat gigih dalam menjatuhkan Daulah daripada dalam. Agen-agen Barat seperti Midhat Pasha dan Kamal Attarturk telah menyelinap masuk ke dalam pentadbiran Khilafah dan diberi jawatan-jawatan penting seperti Ketua Menteri (Midhat Pasha) dan Kolonel Tentera (Kamal Attarturk). Agen-agen ini berpakat dengan Barat terutama Britain memaksa Khalifah menerima pakai perlembagaan dan undang-undang sekular dan membuang hukum-hukum Islam termasuk hudud.
  3. Kebangkitan puak Nasionalis dan Sekular – Kaum Muda Turki berjaya menyebarkan pengaruh mereka. Di samping itu, pengaruh Kemal Atarturk juga memainkan peranan. Dengan bantuan British, Kemal berjaya menjadi ’hero’ Perang Dunia Pertama dan meraih sokongan umat. Dalam masa yang sama, British juga membantu pejuang Nasionalis Arab pimpinan Syarif Hussain memberontak terhadap Turki Uthmaniyah.

Kita selalu diceritakan bahawa Kejatuhan Daulah Islam Turki disebabkan umat Islam terlalu jauh dengan Islam, pentadbiran Daulah dipenuhi dengan rasuah dan korupsi dan Khalifah suka berfoya-foya. Apakah ini benar? Adakah begitu mudah Daulah Islamiyyah Turki ditukar dengan Republik Turki? Apakah sebenarnya terjadi ketika kejatuhan Daulah Islam Turki Uthmaniyyah sehingga berlakunya revolusi kemudian ia menjadi Republik Turki?

Detik-detik kejatuhan Khilafah Turki-Uthmaniyyah.

 Walaupun Dunia Islam berada dalam keadaan lemah disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran seperti yang dijelaskan tadi, tetapi umat Islam masih meyakini bahawa syariah Islam adalah sebagai teras kehidupan, Khilafah ialah sistem negara Islam dan Khalifah sebagai ketua negara. Jadi, mereka mestilah mempertahankan Khilafah Islam sebagai negara mereka. Kejatuhan negara Islam ini berpunca daripada konspirasi Barat melalui agen-agennya yang beragama Islam tetapi berpegang teguh kepada pemikiran Sekular Barat. Pada akhir abad ke-19, sekitar 1870an, Midhat Pasha pada ketika itu sebagai ’Grand Vazier’ (seperti ketua menteri) telah memperkenalkan perlembagaan sekular yang ditiru dari perlembagaan Belgium. Perlembagaan ini menerangkan adanya parlimen untuk mewujudkan undang-undang baru dan sistem Demokrasi diterapkan manakala sistem Khilafah Islam mesti diketepikan. Walaupun perlembagaan ini mendapat tentangan daripada Khalifah Sultan Abdul Hamed II pada ketika itu, namun akhirnya selepas pemecatan Abdul Hamed pada 1908 melalui konspirasi politik,  ia diterapkan berserta undang-undang Perancis. Para ulama juga telah mengeluarkan fatwa memboleh menerima undang-undang Barat kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan Islam. Ini menyebabkan institusi Khilafah bertambah lemah, umat Islam semakin jauh daripada Islam kerana kehidupan mereka diatur oleh sistem Barat bukan hukum-hukum Allah lagi. Walau bagaimanapun, institusi Khilafah masih wujud lagi pada ketika ini.

 

Kemudian, pada 1915, muncul nama Mustapha Kamal Beik (Mustapa Kamal Attarturk) di Turki. Kamal hanyalah merupakan pegawai tentera yang biasa dan tidak terkenal tetapi mempunyai pemikiran sekular. Semasa peperangan di Ana Forta pimpinannya, ketika itu dia merupakan Kolonel yang memimpin satu division ketenteraan, Turki sedang berperang dengan British iaitu sebuah kuasa tentera yang sangat besar. Dalam senyap, Kamal telah berpakat dengan British, kemudian British telah mengundurkan tenteranya. Dengan pengunduran British ini, bermakna tentera Kamal telah menang dan nama Kamal pun diangkat sebagai wira negara. Dari situ pengaruh Kamal dan gerakan pimpinannya, Gerakan Turki Muda menjadi semakin besar dan penting dalam pentadbiran Turki. Sejak itu, Mustapa Kamal diberi tugas-tugas penting dalam peperangan namun malangnya, bukan peperangan yang berlaku tetapi perjanjian damai dengan musuh Islam dibuatnya. Dan perjanjian-perjanjian tersebut hanya berpihak kepada musuh Islam misalnya Kamal telah mengundurkan tentera di Syria ketika berhadapan dengan British, selepas itu British menguasai Syria.

 

Selain daripada Kamal Attarturk, pihak yang memainkan peranan secara langsung dalam meruntuhkan sistem Khilafah Islam ialah British. British memang sangat dengki dengan Islam dan mahu menjatuhkan negara Turki-Uthmaniyyah sebagai negara Islam dan meruntuhkan sistem Khilafah (dalam bahasa Inggeris : Caliphate). Sebelum kemunculan Kamal lagi, British telah meniup semangat patriotisme dan nasionalisme Arab dan nasionalisme Turki supaya perpaduan di kalangan umat Islam terpecah. Kemudian, para nasionalis yang mendokong idea ini menuntut kemerdekaan daripada Turki-Uthmaniyyah iaitu memisahkan wilayahnya daripada kesatuan negara Islam. Negara Turki-Uthmaniyyah yang besar itu kemudian dipecahkan oleh Barat menjadi Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iraq, Lebanon dan negera-negara kecil lain dan Barat memerintah ke atas negara-negara tersebut melalui mekanisme ’pecah dan perintah ’(divide and rule). Setelah kesatuan umat Islam sudah melemah, target seterusnya ialah Turki dan Institusi Khilafah. Selepas Perang Dunia Pertama, 1921, di mana Turki telah kalah, British telah memfokuskan ketenteraannya di Turki iaitu pusat pemerintahan Dunia Islam demi memusnahkan seluruhnya kerajaan Islam. Pada masa yang sama, British di bawah pimpinanan General Harrington mengawal keadaan politik di Istanbul.

 

Mustapa Kamal Attartuk dan Gerakan Turki Muda dengan bantuan British telah mengadakan beberapa siri pemberontakan untuk memerdekakan Turki daripada Kerajaan Islam. General Harrington bekerjasama dengan Mustapa Kamal untuk menggulingkan Khalifah. Pada November 1922, Perhimpunan Kebangsaan atau National Assembly (seperti Majlis Syura’) di bawah pengaruh Mustapa Kamal pada mulanya cuba mengorak langkah untuk meruntuhkan Khilafah Islam. Mustapa Kamal memberi cadangan supaya memisahkan Sultan/Khalifah daripada Khilafah, dan kemudian memecat Khalifah. Perhimpunan Kebangsaan(PK) tidak memutuskan sendiri tetapi merujuk cadangan tersebut kepada sebuah suruhanjaya yang terdiri daripada para peguam dan ulama’. Setelah suruhanjaya berbincang dan merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, mereka mendapati Khilafah tidak boleh diruntuhkan kerana ia merupakan pusat kehidupan umat Islam. Maka, suruhanjaya itu tidak setuju dengan cadangan Kamal dan menolaknya. Ketika itu, Kamal yang turut hadir pada perbincangan antara suruhanjaya dan Perhimpunan Kebangsaan tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan terus berdiri di atas kerusi seraya berkata ”…. Sultan mesti dipisahkan daripada Khilafah dan dipecat. Ini pasti akan berlaku pada kamu sama ada kamu suka atau tidak atau kepala-kepala kamu akan dipenggal!”. Kenyataan ini menakutkan ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan, ditambah lagi semua pengawal-pengawal yang mengiringi Kamal membawa senjata. Akhirnya PK perlu membuat keputusan melalui pengundian, tetapi Kamal telah menggunakan taktik kotor dan memutuskan bahawa PK telah bersetuju untuk memecat Khalifah, membubarkan sistem Khilafah, menjadikan Turki negara Republik dan dia sebagai Presidennya; walaupun hakikatnya majoriti tidak bersetuju. Ahli-ahli PK tidak berpuas hati dengan keputusan itu tetapi Kamal tidak mempedulikannya. British telah membekalkan senjata kepada pengikut-pengikut Mustapa Kamal untuk menentang sesiapa yang masih setia kepada Khilafah. Semua ahli politik dan ulama’ diberi amaran untuk dibunuh jika cuba menyokong Khilafah.

 Pada pagi 3 Mac 1924, Perhimpunan Agung Kebangsaan telah mengumumkan pembubaran Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada Negara. Kamal Attartuk telah memerintahkan Khalifah terakhir, Khalifah Abdul Majed hendaklah meninggalkan Turki sebelum subuh. Kamal bersama polis dan tentera berhimpun di  istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan membawanya ke Switzerland. Dua hari selepas itu, Kamal Attartuk mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar negara. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah-sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya. Akhirnya impian British untuk meruntuhkan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah tercapai. Perjanjian Lausane yang diketuai oleh British mengiktiraf kemerdekaan Turki. Pada tahun yang sama, British membawa keluar semua tenteranya dari Turki. Lord Curzon, Perdana Menteri British pada masa itu berkata, ”…Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi kerana kita telah musnahkan kekuatan spiritualnya: Khilafah dan Islam. Begitulah secara ringkasnya bagaimana Khilafah Islam Turki-Uthmaniyyah diruntuhkan.

Wahai kaum muslimin!

Islam pasti akan bangkit…

ثُمَّ تَكُونُ خِلافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ»

………… Kemudian  akan (muncul) masanya ke-Khilafahan (yang bersandar pada manhaj Nabi.(riwayat Ahmad)

Rujukan… How The Khilafah was Destroyed . Abdul Qadem Zallum. 2000.

Insya’Allah ana akan bkongsi lebih byk input bersma…sila tegur sekiranya ada kesilapan… Jazakallah…

 

SEMALAM,HARI INI,MUNGKINKAH ESOK?

August 16, 2009 at 4:24 pm | In Renungan, Uncategorized | Leave a Comment

Assalamualaikum wbt…

Umpama dihiris semilu…sedih..pilu…apakah ini realiti yg terjadi kpd umat Islam akan berterusan…

Umat Islam yg mengucap syahadah yg sama..solat yg sama..Nabi dan Tuhan yang sama….

Tetapi terlalu byk kes jenayah yg dilakukan mereka…

Siapakah yg perlu dipersalahkan?adakah mereka semata-mata?adakah keluarga mereka semata-mata?

Insya’Allah di sini ana akan tunjukkan sedikit kes2 jenayah yg berlaku di negara ‘tercinta’ ini….

[sumber: http://www.rmp.gov.my/rmp03/statjsjindeks97_02.htm ]

* Perangkaan kes Ragut bagi tahun 1997, 1998 & 1999 tidak diasingkan dari kes Lain-Lain Curi

TAHUN

1997

1998

1999

2000

2001

2002

2003

2004

JENAYAH KEGANASAN

 

Bunuh

540

629

588

551

608

516

565

565

Cuba Bunuh

52

51

52

43

68

64

77

92

Samun Berkawan Bersenjatapi

43

64

74

89

65

73

45

44

Samun Berkawan Tanpa Senjatapi

1,079

1,385

1,482

1,681

1,697

1,704

1,920

1,689

Samun Bersenjatapi

589

741

700

722

566

425

381

334

Samun Tanpa Senjatapi

7,316

9,518

11,494

12,204

11,333

12,203

13,963

13,221

Rogol

1,429

1,539

1,457

1,210

1,354

1,418

1,471

1,718

Mencederakan Manusia

5,871

5,746

5,310

5,104

4,699

4,440

4,368

4,196

JUMLAH

16,919

19,673

21,157

21,604

20,390

20,843

22,790

21,859

JENAYAH HARTA BENDA

 

Pecah Rumah & Curi (Siang)

7,716

8,912

9,401

8,675

7,449

6,821

6,928

6,550

Pecah Rumah & Curi (Malam)

21,644

25,559

26,535

24,238

21,003

18,444

18,861

18,354

Curi Motor Lori/Van

1,801

2,579

3,485

3,698

4,306

4,570

5,551

4,892

Curi Motokar

3,299

4,605

6,196

7,278

8,520

8,544

8,537

8,624

Curi Motosikal

26,796

36,766

41,905

45,903

47,223

47,137

50,212

51,560

*Curi Ragut

-

-

-

15,082

14,368

14,640

15,798

11,536

Lain-Lain Curi

43,001

60,765

60,436

54,881

33,210

28,043

27,638

33,080

JUMLAH

104,257

139,186

147,958

145,569

136,079

128,199

133,525

134,596

JUMLAH JENAYAH INDEKS

121,176

158,859

169,115

167,173

156,469

149,042

156,315

156,455

KES SELESAI

 

TAHUN

1997

1998

1999

2000

2001

2002

2003

 

JENAYAH KEGANASAN  
Bunuh

282

333

332

300

358

333

347

 

Cuba Bunuh

38

31

34

30

55

50

61

 

Samun Berkawan Bersenjatapi

6

19

13

15

10

14

5

 

Samun Berkawan Tanpa Senjatapi

250

315

338

494

465

598

775

 

Samun Bersenjatapi

99

95

99

150

113

144

69

 

Samun Tanpa Senjatapi

1,547

1,991

2,844

3,988

3,650

4,584

6,445

 

Rogol

1,265

1,359

1,323

1,113

1,219

1,304

1,309

 

Mencederakan Manusia

4,429

4,467

4,212

4,237

3,831

3,663

3,613

 

JUMLAH

7,916

8,610

9,195

10,327

9,701

10,690

12,624

 

JENAYAH HARTA BENDA  
Pecah Rumah & Curi (Siang)

946

1,476

1,557

2,102

1,935

1,932

2,265

 

Pecah Rumah & Curi (Malam)

1,941

3,407

3,915

5,408

6,181

6,251

6,266

 

Curi Motor Lori/Van

293

425

398

624

944

1,292

1,565

 

Curi Motokar

548

830

1,081

1,673

2,119

3,569

4,277

 

Curi Motosikal

4,301

7,106

8,906

12,240

18,679

21,567

22,994

 

Curi Basikal/Ragut

197

238

233

166

7,142

7,886

8,859

 

Lain-Lain Curi

9,598

14,116

17,916

21,762

14,728

13,353

14,090

 

JUMLAH

17,824

27,598

34,006

43,975

51,728

55,850

60,316

 

JUMLAH JENAYAH INDEKS

25,740

36,208

43,201

54,302

61,429

66,540

72,940

 

Peratus Selesai

21.24

22.79

25.55

32.48

39.26

44.65

48.94

 

Lain2…

Ikhwan sekalian…

Terlalu byk kes jenayah yg didaftarkan di Malaysia. Ini masih tidak termasuk kes2 yg tidak berdaftar. Bgaimana pula kes2 di negara umat2 Islam yang lain?

Wahai saudara-saudaraku umat Islam…adakah kita lupa bahwa ‘kita’ pernah berjaya…Islam penah memayungi 2/3 dunia..merentas benua,melayari samudra. Keimanan,ketaqwaan,jati diri dan backup super power(khilafah) rahsia mereka capai kejayaan.

Bangunlah,wahai umat Islam kita bina kekuatan perjuangan.

Umat Islam terdahulu telah bermati-matian membangunkan Islam…

[Adakah kamu kira, bahwa kamu akan masuk ke syurga saja dan tiada akan datang(malapetaka) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang-0rang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka itu ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang sangat, dan mereka gementar(ketakutan), sehingga berkata Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : apabilakah tibanya pertolongan Allah? Ingatlah, bahawasanya pertolongan Allah hampir akan tiba.](surah AlBaqarah: 2,214)

Merekalah generasi yang silam..membawa arus permulaan..keikhlasan hati dan nurani,ketulusan jiwa mereka berjuang..

Islam telah mengajar kita budaya Islam di serata dunia…sungguh indah dunia Islam..bukan sahaja muslim,tetapi non-muslim di bawah negara Islam turut merasa bahagia. Islam mengangkat maruah semua manusia dan tiada berkecuali.

AYUH UMA T ISLAM!

Kita bangkit ke arah Islam yang Kaffah(menyeluruh)..jgn sia-siakan peluang ketika hidup di dunia utk menjadi manusia yang bertaqwa! Kita bukan berseorangan..umat Islam adalah majoriti dunia…marilah bersama-sama saya dan sekalian muslimin di dunia mengembalikan kegemilangan Islam…TAKBIR!!!

Next Page »

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.