Kajian CIA Dalam Menghadapi Kebangkitan Islam


Sebuah buku kajian CIA yg dkeluarkan oleh agensi National Security Research Division (RAND) yg btajuk Civil Democratic Islam: Partners, Resources, Strategies menunjukkan betapa telitinya si kafir barat dalam menghadapi kebangkitn Islam. Bagi sesiapa yg bminat untuk membaca buku tersebut bolehlah mendownload dengan klik pada tajuk buku tersebut di atas.

Sebagai pendahuluan, penulis secara terang-terangan menyatakan bahawa musuh utama dunia(US) adalah Islam yg menyebabkan kpd perubhn Ideologi baru. Buku ini secara ringkasnya membahagikan kpd 4golongan umat Islam yg berbeza penerimaannya terhadap idea-idea barat dan strategi kpd setiap golongan ini juga berbeza.

1. Golongan pertama – golongan fundamentalis

  • musuh US yang tidak boleh bertolak-ansur
  • menolak demokrasi, hak asasi manusia dan seluruh nilai-nilai barat
  • Mereka secara spesifik merujuk kepada gerakan yang menolak sama sekali nilai barat seperti demkorasi
  • menuju menegakkan khilafah

2. Golongan kedua – golongan tradisionalis

  • lebih menumpukan soal kerohanian dan keilmuan
  • Walaupun ada yang terlibat dengan politik, tetapi pemikiran mereka lebih tertumpu soal kerohanian

3. Golongan ketiga – golongan modenis

  • Golongan modenis ini mereka mahu melihat Islam menjadi sebahagian dari kemajuan global
  • Mereka memberi nafas Islam bagi nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perekonomian dan nilai-nilai lain.
  • Ia merujuk kepada sesetengah ulama’ dan pemikir Islam hari ini.

4. Golongan keempat – golongan sekular

  • telah mengikut acuan barat termasuk pemerintah yang ada dan tokoh-tokoh pemikir mereka.

Jika diperhati,mereka menggolongkan umat Islam kpd nilai-nilai barat. Dari sini mereka menggunakan strategi yg berbeza untuk menghalang kebangkitan umat. Kita jgn terperangkan dalam pengklasifikasi ini. Mereka mengklaskn umat mengikut sesuka hati mereka mengikut kepentingan mereka. Mereka menamakan golongan ini mengikut sesuka hati mereka,akan tetapi jgnlah kita terpedaya pada nama rekaan mereka.

Strategi barat untuk mencari ‘partner’

  • Dalam perenggan yang pertama digariskan bahawa, mempromosi demokrasi dalam dunia Islam dan membantu perlaksanaannya adalah suatu tindakan jangka panjang untuk usaha menentang kebangkitan Islam.
  • mereka menegaskan bahawa sokongan yang sekian lama diberikan kepada golongan sekular, golongan pemerintah dan pemikir sekular bukan lagi tindakan yang semestinya tepat untuk keadaan geopolitik hari ini.
  • Ini kerana, kebanyakan orang Islam sudah menyedari golongan ini dan tidak menjadikan mereka sebagai rujukan dalam masalah politik mahupun agama.
  • RAND mencadangkan untuk memberi sokongan, peluang-peluang muncul di akhbar, ruang untuk berpolitik melalui NGO dan penonjolan bagi golongan Islam yang modenis.
  • Ini kerana golongan modenis mereka walaupun tidak menerima demokrasi barat sepenuhnya, tetapi mereka masih tetap menerima demokrasi cuma dalam kerangka yang mereka anggap Islami.
  • Maka mereka perlu diberikan peluang bergeraka dalam politik demokrasi dan sokongan atas-atas tekanan golongan sekular terhadap mereka.
  • Pemimpin dan tokoh-tokoh golongan Islam modenis perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan.
  • Manakala golongan tradisionalis, mereka kurang membahaskan masalah politik.
  • Maka kebiasaannya golongan tradisionalis tidak mempunyai pandangan yang khusus tentang demokrasi dan konsep politik lain.
  • Maka golongan ini perlu digunakan untuk menyerang pandangan golongan fundamentalis yang menolak nilai barat secara keseluruhan.
  • Ia dengan cara memberikan ruang kepada ulama’ seperti ini mengalihkan pandangan ummat, dan menimbulkan keraguan ummat terhadap golongan fundamentalis.
  • Ini kerana golongan tradisionalis biasa mempunyai pengaruh yang kuat dalam ummat, menguasai madrasah-madrasah dan institusi pendidikan tradisional.
  • Manakala bagi ulama’ tradisionalis yang boleh menerima nilai barat walau secara selektif, mereka ini wajar diberi ruang untuk kedepan.
  • Maka dengan ini nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, pengagihan kuasa, perundangan dan ekonomi boleh disemai dalam pemikiran ummat Islam.
  • Dalam masalah demokrasi dan penerimaan nilai barat, golongan fundamentalis digariskan RAND sebagai musuh utama yang tidak boleh dikompromi dan sememangnya tidak boleh dibawa berkompromi.

Musuh Islam iaitu Barat menghasut umat Islam agar bermusuhan sesama sendiri dengan menjadikan musuh utama barat (golongan fundamentalis) sebagai musuh utama umat Islam yg lain.

Strategi-strategi menghadapi golongan-golongan ini, baik samada berkawan dengan golongan ini, mengadu-domba mereka agar berseteru mahupun secara langsung menyerang mereka.

1. Golongan sekular

  • sokongan kepada kerajaan sekular hanya diberi berdasarkan kes per kes basis.
  • Ini kerana, banyak kerajaan sekular yang bersifat nasionalis hingga mengabaikan kepentingan US. Oleh itu, sokongan kepada mereka bergantung kes per kes basis.

2. Golongan Islam modenis

  • golongan Islam modenis hendaklah diberi peluang dan sokongan politik, memberi pandangan Islam kontemporari.
  • Ini kerana golongan Islam modenis hari ini telah dapat menarik sokongan rakyat berbanding pemerintah sekular.
  • Sokongan kepada golongan Islam modenis ini boleh diberi secara langsung atau tidak secara langsung selagi dapat dipastikan kepercayaan ummat tidak terhakis.

3. Golongan Islam tradisionalis

  • Bagi golongan tradisionalis, ulama’-ulama’ mereka perlu digunakan untuk menyerang golongan fundamentalis.
  • Ini merupakan golongan yang terbaik yang perlu digunakan untuk menyerang fundamentalis kerana golongan ini mempunyai kemuliaan yang tinggi dikacamata ummat.
  • Keupayaan mereka membahas agama perlu digunakan, untuk menyerang pemikiran-pemikiran politik golongan fundamentalis.
  • Secara spesifik disebut, bahawa golongan tradisionalis ini wajar disokong untuk mewujudkan perseteruan sesame Islam dan secara spesifik disebut mereka ini wajar diberi dana untuk membina sekolah-sekolah untuk menyebarkan fahaman mereka.
  • Secara jelas diberitahu, segala kerjasama antara golongan tradisionalis dengan golongan fundamentalisme mestilah dihalang dan sepatutnya diwujudkan permusuhan sesame mereka.

4. Golongan Islam Fundamentalis

  • Bagi menghadapi golongan yang mereka labelkan sebagai fundamentalis, digariskan agar jangan memberi promosi, serang nilai-nilai yang dibawa, hilangkan kepercayaan ummat kepada mereka
  • wujudkan gambaran mereka ekstrimis dan tidak mampu membawa kemakmuran.
  • Tidak ada sikap lain kepada golongan fundamentalis kecuali menentang dan menghancurkan mereka.


Itulah ringkasan apa yang digariskan oleh RAND untuk US menghadapi kebangkitan Islam. Mereka melabelkan kita, untuk memudahkan mereka menentang kebangkitan Islam, walhal hakikatnya tidak begitu. Kita semua bukan fundamentalis, tradisionalis, modenis atau sekular. Cuma RAND mengklasifikasikan kita mengikut sejauh mana penerimaan kita terhadap nilai-nilai US dan dari situ diatur strategi yang berbeza. Saya yakin ramai ummat Islam yang ikhlas berjuang tidak menyedari hal ini dan tidak sedar mereka bergerak dalam acuan yang sememangnya diatur oleh CIA. Inilah pentingnya ummat Islam terutama gerakan-gerakan Islam mempunyai kesedaran politik yang sangat jernih lagi tajam. Semoga ia membuka minda politik kita untuk melihat dunia dengan kacamaata politik Islam agar dengan itu kita dapat bergerak menuju kebangkitan Islam.

Bagi sesiapa yg berminat untuk memastikan apa yg dikaji oleh RAND ini boleh mendownload buku ini dgn klik tajuk ini Civil Democratic Islam: Partners, Resources, Strategies

Untuk memahami ringkasan dengan lebih lanjut, sila layari http://jemaah-islam.blogspot.com/2009/10/civil-democratic-islam-telaah-strategi.html

sekian,wassalam…

April Fool Mengungkap Tragedi Penyembelihan Muslimin Sepanyol


Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan. Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam.

 Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya. Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil. Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

“Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib. Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya. Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata.

Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus. Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Rakan mahasiswa,

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”. Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan Umat Islam sangat tidak layak merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi. Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”. Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib. Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.” Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira. “Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Pemimpin Belanda hina al-Quran


Pemimpin Belanda hina al-Quran

LONDON 6 Mac – Pemimpin anti-Islam Belanda, Geert Wilders mengutuk kitab suci al-Quran di dalam Dewan Tinggi Britain, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat di dalam bangunan pentadbiran itu serta mencetuskan protes di luar Dewan bagi melahirkan tanda kemarahan.

Sebelum ini Wilders pernah menghina Nabi Muhammad dengan menyifatkan baginda sebagai ‘orang gasar dan fidofilia’.

Wilders menayangkan filem 15 minit Fitna kepada kira-kira 60 orang semalam, termasuk beberapa orang bangsawan dalam bilik jawatankuasa Parlimen. Filem tersebut mengaitkan al-Quran dengan keganasan, tentangan terhadap homoseksual dan penindasan wanita.

Di luar Dewan, kira-kira 200 penunjuk perasaan mengejek dan melaungkan ‘Samseng fasis keluar dari jalan-jalan raya kami’. Polis juga bergelut dengan penunjuk perasaan yang cuba menyekat jalan raya bagi menghalang demonstrasi aktivis penyokong Wilders, Liga Pertahanan England daripada menghampiri Parlimen.

Ahli politik berambut perang itu kemudian berucap kepada media Britain dengan memetik kata-kata Thomas Jefferson, George Orwell dan merujuk kepada Pindaan Pertama dalam Perlembagaan Amerika Syarikat (AS).

“Saya percaya Islam adalah agama yang ganas dan bahaya, namun saya tidak memushi penganutnya,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, Wilders mahu seluruh Eropah mengharamkan pendatang beragama Islam kerana didakwanya membawa ideologi fasis.

Lawatan itu dan kontroversi yang menyelubunginya, melonjakkan imej Wilders menjelang kempen pilihan raya umum yang akan dihadapi Parti Kebebasan pimpinannya.

Parti itu menunjukkan prestasi baik pada pilihan raya kecil minggu ini dengan memenangi sebuah bandar dan berada di tempat kedua di sebuah bandar lain.

Wilders berkata, dia mungkin menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya pada 9 Jun ini dan akan menutup semua sekolah orang Islam, menghentikan pembinaan masjid baru malah mengharamkan al-Quran. – AP

sumber : utusan malaysia

ikhwan sekalian…
inillah realiti hari ini…umat Islam diperlaku seperti sampah…
dihina dan ditindas…dihina,dihina dan terus dihina….
jika pada zaman khalifah almu’tashim,maruah umat Islam betul-betul dijaga,siapakah dpt menjaga maruah ini pada hari ini?
adakah pemimpin kita pada hari ini sanggup untuk berdepan dengan pemimpin Belanda untuk mempertahankan maruah umat Islam? huh,harapan seumpama menggapai bintang dilangit!

saudaraku yg dikasihi sekalian…
sudah ramai yg mengakui bahawa kita memerlukan khilafah atau kepimpinan Islam yg hakiki.akan tetapi,adakah kita hanya menunggu dan duduk diam?segala usaha kearah mengembalikan kesucian Islam adalah kewajiban ke atas kita.semoga kita bersama-sama berusaha untuk melawan musuh Allah ini…jazakallah…

ISRAEL : SEMUT YG DIANGGAP SINGA


GAZA CITY 28 Jan. – Pergerakan Hamas semalam mempertahankan tindakan mereka semasa serangan tentera Israel ke atas Genting Gaza pada Disember 2008-Januari 2009, dengan menyatakan mereka tidak menyasarkan penduduk awam sewaktu melancarkan ratusan roket ke bandar-bandar di Israel.

Hamas yang memerintah Genting Gaza menolak tuntutan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya pergerakan pejuang Palestin itu menjalankan siasatan mengenai konflik tersebut.

sumber : utusan malaysia

Ikhwan sekalian…
dewasa ini,umat Islam seakan-akan gentar akan kekuatan israel laknatullah…
insya’Allah sdikit pengupasan tentang sejauh manakah kekuatan israel …

ISRAEL : SEMUT YG DIANGGAP SINGA
inilah tajuk yang ana rase sesuai dengan realiti israel ini…dipandang seperti singa tapi sebenarnya tidak lebih dari semut bahkan lebih hina dari itu…

pelik dan hairan…
mitos kekebalan israel seolah-olah mereka tidak boleh dikalahkan dengan ketenteraan jarang diketengahkan di Israel tetapi sudah lali di negeri2 kaum muslimin.adakah ianya benar bahawa mereka mustahil utk dikalahkan dgn senjata?di sini ana menegaskan bahawa semua itu adalah pernyataan PALSU utk menakut-nakutkan kaum muslimin itu sendiri!

Tindakan ketenteraan Israel di dalam peperangan tahun 1948, 1956, 1967 dan 1973 melawan tentera Muslim telah dijadikan asas kepada kekuatan ketenteraan Israel. Dengan berpandukan kepada kekuatan ketenteraan Israel dan pendudukan di dalam wilayah umat Islam, sering dikatakan bahawa konflik ketenteraan dengan Israel secara langsung bukanlah suatu yang difikirkan praktikal untuk negara-negara Arab, selain daripada melakukan rancangan damai. Natijahnya adalah mengiktiraf kedudukan Israel melalui proses-proses rancangan damai.

ana ingin meringkaskan berkaitan peristiwa2 peperangan yang berlaku tersebut…

1) peperangan 1948 – penubuhan israel

  • 40juta penduduk arab tidak dpt menewaskan 600ribu org yahudi???apa yg berlaku?!!
  • realitinya…pihak yg diperkatakan pejuang tp sebenarnya pengkhiatan!!!
  • Raja Abdullah mempunyai Arab Legion, iaitu askar seramai 4,500 orang diketuai oleh seorang komandan dari British iaitu General John Glubb.
  •  Glubb di dalam memoirnya telah mengatakan bahawa dia diperintahkan oleh kerajaan Britain untuk tidak masuk ke dalam kawasan-kawasan yang dikuasai oleh kaum Yahudi. Mesir kemudiannya melemahkan serangan ke atas Israel, apabila Nakrashi Pasha, Perdana Menteri Mesir tidak menggunakan tentera terlatih yang sebenarnya, tetapi hanya menghantarkan kumpulan tentera sukarelawan yang ditubuhkan pada bulan Januari sebelumnya…
  •  Jordan juga melengah-lengahkan laluan tentera Irak menuju Palestin, lalu membantutkan serangan ke atas Israel.
  • Sebab itulah seorang Imam yang buta telah mengaibkan Raja Abdullah dengan menyeru kepada tentera Jordan sebelum peperangan tersebut dengan berkata: Wahai tentera, “alangkah baiknya sekiranya kamu adalah milik kita” iaitu merujuk kepada Arab Legion yang dimiliki oleh British. huhu…alangkah pedasnye kata2 imam bersebut tetapi tiada yg mengendahkan..
  • Walaupun gabungan tentera umat Islam adalah 40,000, hanya seramai 10,000 adalah tentera terlatih. Zionis Yahudi terdiri daripada 30,000 orang bersenjata, 10,000 sebagai barisan pertahanan dan seramai 25,000 sebagai barisan simpanan.
  • Juga, terdapat seramai 3,000 kumpulan bersenjata pengganas Irgun and Stern Gang yang terlatih.
  • Mereka dilengkapi dengan senjata lengkap dan dibiayai oleh pertubuhan Zionis di Amerika dan Britain.
  • Dengan persediaan kaum Yahudi, dibantu dengan pengkhianatan oleh pemimpin Arab pada masa itu telah memudahkan penubuhan negara Israel di Palestin.

2)KRISIS TERUSAN SUEZ 1956

  • Peperangan tersebut bukanlah peperangan yang bertujuan untuk membebaskan Palestin tetapi pertelingkahan di antara Britain dan Amerika untuk menguasai Terusan Suez!
  •  Amerika Syarikat (AS) melihat bahawa Mesir mesti menjadi sekutu kuatnya jika dia (AS) ingin mahu mempunyai pengaruh di Timur Tengah.
  • Melalui CIA, AS telah berjaya menggulingkan Raja Farouk yang merupakan boneka British di dalam suatu rampasan kuasa dalam tahun 1952.
  • Ini dilakukan melalui kumpulan pegawai Free Officers yang diketuai oleh Gamal Abdul-Nasser.
  • Projek CIA tersebut dikenali sebagai “The Search for a Moslem Billy Graham” (Pencarian untuk Muslim ala Billy Graham).
  •  Mike Copeland seorang agen  CIA telah menulis buku yang juga hasil pengalamannya yang bertajuk ‘The Game Player’, mengenai rampasan kuasa CIA yang menggulingkan Raja Farouk.
  • Copeland yang mengaktifkan projek tersebut menerangkan bahawa ‘CIA memerlukan pemimpin yang berkarisma yang boleh mengalihkan sentimen anti-Amerika yang memuncak di kawasan tersebut’.
  • Dia menjelaskan bahawa CIA dan Nasser mempunyai kata sepakat berkenaan Israel.
  • Untuk Nasser, perang dengan Israel adalah tidak relevan. Yang paling penting adalah pendudukan British di Terusan Suez. Musuh Nasser adalah Britain.huh,inilah pemimpin yg bodoh yg mengakibatkan ksengsaraan umat islam di palestin hari ini.
  • Pada tahun 1956, Nasser melakukan nasionalisasi (pemilikan negara) Terusan Suez, bersesuaian dengan agenda Amerika.
  • Tindak balas Britain adalah menyeret Perancis dan Israel ke dalam kancah tersebut.
  • Ini disebut oleh ahli sejarah iaitu Corelli Barnett, yang menulis tentang krisis Terusan Suez di dalam bukunya, ‘Keruntuhan kekuasaan British’: “Perancis memusuhi Nasser sebab Mesir menolong pejuang pemisah Algeria dan mempunyai hubungan sejarah terhadap Terusan tersebut.
  • Juga, kerana pembinaannya melibatkan seorang warga Perancis. Israel mempunyai permusuhan terhadap Nasser disebabkan oleh serangan pejuang komando Palestin dan sekatan Mesir terhadap Selat Tiran.
  • Jadi Perdana Menteri British, Sir Anthony Eden melakukan pakatan tiga negara disertai oleh Perancis dan Israel.
  • Beliau kemudiannya menerangkan bahawa Israel akan menceroboh Mesir merentasi Semenanjung Sinai. Britain dan Perancis akan campur tangan untuk menghentikan perang semata-mata untuk melindungi Terusan Suez”.
  • AS dan Soviet Union (USSR) memberikan tekanan diplomasi untuk membuatkan Britain mengundurkan diri dari peperangan tersebut.
  •  Russia memberikan amaran kepada Paris dan London dengan serangan nuklear.
  • Tekanan antarabangsa yang kuat menjadikan Britain dan Perancis mengundurkan diri mereka dan menjadikan mereka hilang pengaruh di Mesir.
  • AS di bawah pentadbiran Eisenhower mengugut Israel dengan tekanan ekonomi sekiranya mereka tidak mengundurkan tentera mereka daripada wilayah yang ditawan daripada Mesir, iaitu sesuatu yang memberikan kesan buruk kepada Israel.
  • Selepas krisis tersebut selesai, AS menjadi pengaruh yang paling kuat di Timur Tengah.

3)perang 6hari 1967

  • Perang ini adalah satu lagi episod konflik Britain-Amerika untuk menguasai kawasan Timur Tengah.
  • Britain telah diambil alih daripada menjadi kuasa tunggal di kawasan tersebut di negara-negara seperti Jordan, Syria and Israel.
  • Untuk melemahkan Nasser, Britain mengumpan Israel untuk memerangi Mesir, di mana Israel menguasai wilayah-wilayah dan menggunakannya sebagai tebusan untuk mana-mana rundingan damai, suatu yang menjamin kedudukan Israel agar lebih selamat.
  • Pada 5 Jun 1967, Israel melancarkan perang secara tiba-tiba dan memusnahkan 60% daripada angkatan darat Mesir dan 66% daripada kapal terbang pejuang Syria dan Jordan.
  • Tentera Israel menguasai Tebing Barat dan Jerusalem Timur daripada kekuasaan Raja Hussein.
  • Raja Hussein sebelum perang, telah meletakkan tenteranya di tempat yang berbeza daripada tempat berlakunya perang sebenar.
  • Dalam masa 48 jam, Israel telah menguasai bandar-bandar utama di Tebing Barat.
  • Dengan cara yang sama, Israel menguasai Tanah Tinggi Golan yang mempunyai kedudukan yang strategik pada hari ke-enam peperangan.
  • Tentera Syria yang menguasai Tanah Tinggi Golan mendengar berita tentang penguasaan tentera Israel ke atas Tanah Tinggi Golan daripada siaran radio negara sendiri, walaupun tentera Syria sedang menguasai Tanah Tinggi pada masa tersebut.
  • Israel juga telah mengejutkan boneka Amerika iaitu Nasser dengan menguasai Sharm al-Sheikh dan Selat Tiran.
  • Tujuan untuk melemahkan rejim Nasser telah dicapai, dan membantu  rancangan British di kawasan tersebut.
  • Israel telah berjaya dalam merampas banyak wilayah dan boleh menggunakannya sebagai tebusan di dalam rundingan damai, di mana sampai sekarang juga digunakan sebagai bahan rundingan damai berbanding dengan keadaan pada tahun 1948.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah merangkan pelan UN Partition Plan (Pelan Pembahagian UN) pada tahun 1947, yang memberikan 57% wilayah kepada Israel, dan 42% kepada Palestin. Selepas perang pada tahun 1967, Israel telah menambahkan wilayah penguasaannya kepada 78% daripada wilayah Palestin yang lama.

4)perang tahun 1973

  • Perang 1973 dilancarkan oleh Mesir dan Syria terhadap Israel memperlihatkan tujuan yang terhad dan sama sekali tidak bertujuan untuk membebaskan Palestin.
  • Ianya tidak bertujuan untuk membebaskan Tanah Tinggi Golan yang mana digunakan untuk perjanjian damai di antara Syria dan Israel.
  • Ianya bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Anwar Sadat dan Hafez al-Assad yang merupakan pemimpin baru di negara yang mudah berlakunya rampasan kuasa.
  • Kedudukan Sadat adalah lebih merbahaya disebabkan beliau menggantikan Nasser yang merupakan pemimpin yang berkarisma.
  • Mohammed Heikal yang merupakan penyunting untuk suratkhabar Al-Ahram daripada tahun 1957 – 1974, yang menyaksikan perang tersebut, telah menulis suatu buku yang bertajuk ‘The Road to Ramadhan’ yang mendedahkan motif utama Anwar Sadat di dalam perang tersebut.
  • Heikal merujuk kepada salah satu General di dalam ketenteraan Sadat, iaitu Mohammed Fouwzi, yang memberikan kiasan tentang seorang pahlawan samurai yang menghunus dua jenis pedang iaitu pedang panjang dan pedang pendek.
  • Fouwzi mengatakan bahawa perang ini adalah jenis pedang pendek, iaitu ianya mempunyai motif yang terhad dan tertentu.
  • Anwar Sadat tidak mempunyai rancangan untuk melancarkan perang untuk pembebasan Palestin dengan menentang Israel.
  • Itulah sebabnya beliau meminta perjanjian damai dengan Israel walaupun beliau mempunyai kedudukan untuk mengalahkan Israel di dalam perang tersebut.
  • Dalam masa 24 jam pertama, Mesir melancarkan serangan kilat menjangkaui tembok Bar Lev yang merentasi kawasan di sebelah timur sepanjang Terusan Suez dengan melibatkan angka korban seramai 68 orang perajurit.
  • Pada masa yang sama 2 pasukan ketenteraan Syria dan 500 kereta kebal masuk ke Tanah Tinggi Golan dan menguasai sebahagian wilayah yang hilang dalam perang tahun 1967.
  • Dalam masa dua hari peperangan, Israel kehilangan sebanyak 49 kapal, jet pejuang dan 500 kereta kebal.
  • Di dalam situasi ini, Sadat mengirimkan berita kepada Setiausaha Amerika Syarikat iaitu Henry Kissinger yang mana mengatakan bahawa tujuan perang ini adalah ”membawakan keamanan di Timur Tengah dan bukannya penempatan sementara”.
  • Maklumat tersebut seterusnya mengatakan sekiranya Israel mengundurkan tenteranya daripada wilayah yang dikuasainya, Mesir akan mengambil bahagian di dalam rundingan damai di bawah kelolaan UN atau badan yang berkecuali.
  • Walaupun mempunyai kelebihan strategik di dalam perang tersebut, Sadat masih lagi mempunyai rancangan untuk berdamai di awal peperangan tersebut.
  • Keengganan Sadat untuk mempergunakan kelebihannya di awal peperangan tersebut untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sinai telah memberikan Israel ruang untuk mengatur langkah, menanti bantuan senjata daripada Amerika dan kemudian berjaya menawan semula wilayah yang hilang pada mulanya.
  • Permusuhan secara rasminya telah berakhir pada 25 Oktober 1974. 

saudaraku sekalian…

inilah realiti yg berlaku…siapakah israel tanpa pengkhianat Islam…Kesemua peperangan tersebut telah menyaksikan bagaimana para pemimpin umat Islam tidak serius untuk berperang menentang Israel bagi membebaskan Palestin. Semua fakta tersebut telah menggambarkan keadaan sebenarnya di sebalik mitos kekebalan Israel yang mana umat Islam mempercayainya selama ini. Sesungguhnya pengkhianatan yang nyata telah dilakukan oleh para pemimpin yang tidak ikhlas yang bekerjasama dengan musuh, lalu menjelmakan mitos bahawa Israel itu kebal, di samping selalu mengungkit dan selalu menyebut-nyebut mitos tersebut. Perang yang mana dunia Arab menentang Israel, menunjukkan bahawa negara Muslim sama ada bersendirian atau bergabung tidak pernah berperang dengan bertujuan untuk membinasakan Israel. Setiap perang yang dilancarkan mereka terhadap Israel mempunyai pengkhianatan dan objektif yang tertentu, dan tidak satu pun di antaranya bertujuan untuk membebaskan Palestin dan melenyapkan Israel. Untuk ‘memberi ugutan’ terhadap Israel pun bukanlah objektif perang tersebut sama sekali, walaupun hakikatnya tentera-tentera Arab mampu melakukan lebih dari itu.

sekian,wassalam…

“HARAM MEMBAKAR RUMAH IBADAT AGAMA LAIN”


 

Kenyataan Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia (HTM)

“HARAM MEMBAKAR RUMAH IBADAT AGAMA LAIN

DAN BERHATI-HATILAH TERHADAP TIPUDAYA JAHAT”

23 Muharram 1431H / 9 Januari 2010


Berhubung dengan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai pembenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly pada 31 Disember 2009 yang lalu, sebahagian dari umat Islam telah melakukan demonstrasi membantah keputusan mahkamah tersebut. Ekoran dari itu, telah berlaku kejadian di sekitar Lembah Kelang di mana beberapa buah gereja dibakar dan cuba dibakar oleh pihak-pihak yang masih belum dikenal pasti.
 

Hizbut Tahrir Malaysia dengan ini mengingatkan umat Islam bahawa mungkin sahaja ada pihak-pihak yang berkepentingan sengaja melakukan pembakaran tersebut bagi mengeruhkan lagi suasana, baik dari kalangan orang kafir mahupun dari kalangan orang Islam sendiri. Setiap gerakan Islam dan individu Muslim yang ikhlas hendaklah berhati-hati dan tidak seharusnya melatah dengan isu yang berlaku. Kaum Muslimin yang beriman dan ikhlas hendaklah sentiasa berwaspada dan mengingatkan satu sama lain akan agenda jahat yang tersembunyi di sebalik peristiwa nama Allah dan pembakaran gereja ini, baik ia dilakukan oleh orang kafir mahupun orang Islam.

 

Secara khususnya Hizbut Tahrir Malaysia ingin mengingatkan umat Islam bahawa:-

 1.         Islam mengharamkan penganutnya untuk membakar rumah ibadat agama lain. Walaupun kita tidak bersetuju dan tidak redha dengan perbuatan mereka dalam apa jua hal, namun kita diharamkan untuk membakar atau merosakkan rumah ibadat mereka. Sesungguhnya Rasulullah dan para sahabat (Ijmak Sahabat) tidak pernah menunjukkan atau membenarkan hal ini dilakukan.

 2.         Rumah ibadat orang-orang kafir sememangya tidak boleh zahir di tengah-tengah umat Islam, namun ketentuan untuk meroboh atau mengalihkannya hendaklah datang dari ketua negara. Memanglah pemimpin hari ini tidak mempedulikan ini semua, namun Insya Allah bila Khilafah tertegak nanti, Khalifah akan berhukum dengan hukum Allah dan memastikan hal ini tidak berlaku.

 3.         Umat Islam tidak seharusnya mudah melatah dengan provokasi pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh. Jangan terpancing dengan emosi dan provokasi sehingga melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam. Emosi hendaklah dipandu mengikut hukum syarak.  

 

4.         Peristiwa pembakaran ini telah menyebabkan pihak polis mengambil langkah-langkah yang lebih berpihak kepada gereja seperti menjaga keselamatan gereja (dan paderi) dan tidak mustahil selepas ini kerajaan akan menanggong kos pembaikan gereja dalam usaha mengambil hati orang-orang kafir. Proses menjaga keselamatan gereja ini tentunya akan melibatkan pasukan keselamatan yang beragama Islam, akan memakan masa yang agak panjang dan akan tentunya menelan belanja yang tidak sedikit di dalam keseluruhan prosesnya yang mana akhirnya, wang rakyat juga yang akan dipergunakan, dan umat Islamlah yang akan menanggong lebih kerugian. 

5.         Orang kafir tentunya akan mengambil kesempatan dengan kejadian yang berlaku ini untuk memburukkan lagi Islam dan umatnya. Peristiwa pembakaran ini tentunya akan diperbesarkan oleh orang kafir bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara dan hal ini akan memberi ruang kepada orang kafir di seluruh dunia untuk bersatu suara memburukkan lagi Islam dan umatnya.

 
6.         Sesungguhnya sistem sekular yang diterapkan pada hari inilah yang menjadi punca kepada banyak krisis yang melanda. Hukum Allah telah diganti dengan hukum buatan tangan sendiri di bawah sistem demokrasi. Hukum Allah hakikatnya telah lama ‘dihina’ oleh pemerintah sekular. Mahkamah yang memutuskan pada hari ni adalah mahkamah kufur, yang diwujudkan oleh pemerintah itu sendiri. Apa yang lebih buruk dari penyalahgunaan istilah Allah adalah tidak diterapkannya hukum Allah di dalam negara oleh parti pemerintah. Mereka kononnya menjaga ‘nama’ Allah, tetapi sejak sekian lama mereka tidak pernah menjaga ‘hukum’ Allah, sebaliknya mereka telah mencampakkan hukum Allah sejauh-jauhnya. Tidak berjalannya hukum Allah di dalam negara menyebabkan banyak kerosakan dan malapetaka yang muncul darinya.
 

7.         Sistem demokrasi yang diterapkan tidak pernah sama sekali menjaga dan melindungi kesucian agama Allah, malah senantiasa mensucikan sistem dan undang-undang kufur. Sistem kufur buatan manusia ini tidak pernah menjaga akidah umat Islam, malah dengannyalah akidah umat Islam semakin rapuh dan orang Islam dibenarkan murtad dari agama Allah tanpa dikenakan hukuman yang sepatutnya. Sistem yang buruk ini hendaklah ditukar kepada sistem Khilafah ala minhaj nubuwwah.

 

8.         Pihak media seharusnya berhenti dari ‘memanaskan’ isu ini dan semua pihak hendaklah menghentikan segera segala provokasi.   

9.         Kaum Muslimin harus bertindak bijak dalam menangani masalah ini supaya ia tidak menjadi lebih buruk. Ingatlah kepada Allah dan Rasul sebelum melakukan setiap perbuatan dan periksalah sama ada Allah dan RasulNya membenarkan atau tidak untuk kita melakukan perkara tersebut. Jika benar mereka yang melakukannya adalah dari kalangan umat Islam yang ikhlas, semoga mereka yang bertanggungjawab ini sedar akan perbuatan salah mereka dan tampil membuat pengakuan, dan mereka hendaklah kembali bertaubat kepada Allah. Semoga Allah mengampuni mereka.


USTAZ ABDUL HAKIM OTHMAN

Presiden HTM

sumber : http://www.mykhilafah.com/

TAKBIR DAN TAKBIR


ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR1 ALLAHUAKBAR!

LA ILAHA ILLALLAHU WALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD!

SEDIH..PILU…HIBA YANG DIRASAKAN TAK BISA DISEMBUNYIKAN. SERUAN INI KEMBALI BERGEMA.

SEBUAH SERUAN SEPERTIMANA SERUAN YANG SEBELUMNYA. SERUAN YANG DILAUNGKAN SEWAKTU FATHUL MAKKAH(PEMBUKAAN MAKKAH), DI PALU BERSAMA DENGAN ALUNAN GENDANG….

KAUM MUSLIMIN DATANG DARI SEMUA ARAH, DENGAN SATU MISI YANG SAMA. MEMBEBASKAN MANUSIA DARI PERHAMBAAN MANUSIA SESAMA MANUSIA KEPADA PENGHAMBAAN HANYA KEPADA ALLAH. NAMUN HARI INI SERUAN INI BERGEMA LAGI, TETAPI KAUM MUSLIMIN MASIH TETAP TERBONGKANG DALAM KEHIDUPAN KAPITALIS YANG TERLAHIR DARI SEKULAR!

YA ALLAH…SAMPAI BILAKAH PERISTIWA ZAMAN MULKAN JABARIYAN (PEMERINTAHAN YANG MENCENGKAM)  INI AKAN TERUS BERLANGSUNG? BANTULAH KAMI YA ALLAH SUNGGUH KAMI AMAT BERHARAP SERUAN INIYANG BERGEMA ADALAH SERUAN YANG TERAKHIR BAGI KAMI DALAM SEBUAH KEHIDUPAN DARKEST AGEST OF ISLAMIC CENTURY.

SEMOGA DI TAHUN MENDATANG ISLAM KEMBALI TINGGI DI DALAM KEHIDUPAN DI BAWAH KHILAFAH MINHAJ NUBUWAH.

ALLAHUAKBAR!!!

PERJUANGAN INTELEKTUAL TANPA SENJATA


PENEGAKKAN DAULAH ISLAMIYYAH YANG HAKIKI:
PERJUANGAN INTELEKTUAL TANPA SENJATA

Assalamualaikum wbt….
Alhamdulillah…final da setel…hehe insya’Allah pada 20-22hb.11.2009 nie ade program bg sesiapa yg berminat di sekitar kuala lumpur…ia akan membincangkan topik2 yg sgt2 penting dalam Islam..makan dan tambang atau minyk transport disponsor..nti akan diberi ruangan utk claim tambang…khusus kpd muslimin sahaja…bg yg berminat boleh hubungi 013-7172320 – zulkhairi…

Insya’Allah ana ingin berkongi sedikit perkara berkaitan Metodologi Dakwah Rasulullah…
Jika dikaji, Rasulullah tidak pernah berperang sebelum Madinah menjadi Negara Islam. Raulullah juga tidak pernah berkongsi kuasa dgn pihak kufar dalam perihal pemerintahan. Namun, sungguh agung step2 dakwah intelektual tanpa sejata yang dilakukan Rasulullah. Mengapa tidak kita mencontohi Baginda?

JANGAN TERPEDAYA DAN LEKA?!!

Sahabat sekalian, beberapa post telah ana publish utk renungan kita bersama…kita maklum akan peristiwa Keruntuhan Islam Di Turki Uthmaniyah. Kita juga nampak akan kesan2 drpd keruntuhan Khilafah Turki Uthmaniyah dan kecelakaan sekularisme…utk rujukan,sila rujuk di…

1) KERUNTUHAN DAULAH TURKI UTHMANIYAH
2) BAYI ADE,MAK BAPAK TAK ADE?!
3) SEMALAM,HARI INI,MUNGKINKAH ESOK?
4) BAJET : DIMANAKAH LETAKNYA ISLAM?
5) Sistem Sekular Menindas Wanita

Kemuliaan Islam benar2 dicabar setelah kejatuhan Islam. Umat Islam dihina, dibunuh, ditindas… Sang Kapitalis kini yang menetukan baik buruk umat Islam dlm pelbagai aspek tmsuk ekonomi..umat Islam kini hanya mengikut walaupun telah jelas ekonomi Islam yg berbeza dri ekonomi kapitalis..lbih hebat lg, ada yg trus memperjuangkan ideology sesat ini.
Jadi, adakah kita redha akan semua ini? Jgn pernah sesekali redha akan perkara2 yg merendahkan martabat Islam!!!

Ikhwan sekalian…

Usaha-usaha kearah mengembalikan martabat Islam sedang perlangung di seluruh penjuru dunia. Jangan kita tergolong dari mereka2 yg leka, tp bersamalah kita bsama2 menaikkan martabat Islam. Contohilah metode dakwah Rasulullah….

Marhalah Dakwah Rasulullah

Pemuka-pemuka dari Aus dan Khazraj ini telah melakar satu detik bersejarah dalam rentetan perjuangan gerakan Islam terulung di dunia…mereka telah mengisi sebuah perjuangan yang tidak ada tolok bandingnya dalam marhalah kedua dakwah Rasulullah SAW.
Perjuangan Rasulullah boleh diringkaskan seperti berikut….

1. Marhalah Tasqif – tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu2 yang meyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.

2. Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah – tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

3. Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi – tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah ke seluruh penjuru dunia.

Selesai marhalah pertama di rumah Arqam bin Abi Arqam, dan melangkah ke fasa kedua dalam perjuangan suci Baginda SAW membawa risalah ke seluruh penjuru bumi Arab, anggota gerakan Islam ini mula disiksa, ditindas, dimaki hamun; malah ada pengikutnya dibunuh dan ditimpa berbagai bentuk penyiksaan yang sekelumit sahaja dapat dicoret oleh tinta, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tanpa mengenal penat lelah Baginda SAW memohon pertolongan kepada beberapa kabilah untuk melindungi gerakan Islam ini namun hasilnya amat mendukacitakan. Di Thaif kekasih Allah ini dibaling dengan batu, sedangkan binatangpun tidak layak diperlakukan demikian. Kalau adapun kabilah yang mahu membantu, mereka meletakkan pelbagai syarat berbau perkauman namun ternyata Junjungan Mulia SAW menolak, sehingga datangnya jemaah Haji dari Madinah yang sanggup memberikan Nusrah (bantuan dan janji setia) kepada perjuangan Baginda.

Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuang Rasulullah. Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting,
Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Negara Islam dan menerapkan hokum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Ternyata setelah Rasulullah SAW melakukan hijrah ke Madinah, sebagai detik yang dinantinatikan oleh penduduk Yathrib, Kaum Ansar bersedia untuk mempertahankan Baginda SAW dengan kemampuan semaksima mungkin dan tampuk pemerintahan diserahkan kepada Rasulullah SAW dimana Negara yang diasaskan oleh Baginda SAW kemudian menjadi Kuasa Besar di dunia dan diperintah dengan hukum-hakam yang diredhai oleh Allah SWT.

Mahasiwa-mahasiswa yg akan menyambut seruan Ilahi sekalian…

Inilah perjuangan intelektual tanpa senjata yg perlu kita contohi…
“(Dan) Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada Al Khair (Islam), menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran 104).

“Ya Nabiyullah. Dahulu, tatkala kami masih musyrik, kami dimuliakan. Tetapi tatkala kami telah beriman, kami dihinakan”. Rasulullah saw menjawab:
“Aku telah diperintahkan untuk menjadi orang pemaaf. Oleh kerana itu, janganlah kalian memerangi mereka (Quraisy)”. (HR An Nasa’i)

“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: ‘Tahanlah tanganmu (dari berperang), dan dirikanlah salat’” (An Nisa 77).