RAMADHAN – BULAN RUHIYYAH DAN SIASAH


Assalmualaikum…Salam Ramadhan Almubarak….(“,)

Da bbrpe hari da puase ni…huhu

Semoga Ramadhan kali ini dpt kita manfaatkn sebaik2nya…

Seronoknya terasa di bulan yg indah ini apabila suasana hitam berubah menjadi terang.suasana umat yg leka dgn dgn aktiviti dunia brubah menjadi khusuk kpd aktvt2 berunsur ruhiyyah.siaran tv yg sebelum2 ini terlalu byk unsur maksiat berubah kpd unsur2 islamik.jika dahulunya cerita2 arab sering ditayangkn spnjg bulan Ramadhan,ttpi pd hari ini cerita2 temptn sudah byk yg dpt kita saksikn…antara cerita tahunan yg mndpt perhatian pd bulan ini ialah ‘Jejak Rasul’…byk input2 yg berguna dpt kita peroleh dari rancgn tersebut.

Tetapi agak menyedihkan apabila cerita2 yg baik sebegini menjadi trend di mana hanya disiar pada bulan Ramadhan sahaja. setelah tamat bulan ini,kembalilah kita melihat terlalu byk maksiat yg akan ditygkn di tv tnpa segn silu…ADAKAH ISLAM HANYA PADA BULAN RAMADHAN?

Jika diperhalusi,di radio atau crmh2 di tv,topik2 yg dibahaskan pada bulan ini hanyalah berunsur spiritual(ruhiyyah) semata-mata…Kisah2 Rasulullah dan para sahabat hanya digambar hanya dari segi aspek Ibadah…seolah-olah tiada aspek siasah(politik) yg diperjuangkan oleh Rasulullah dan para sahabat..siasah(politik) bermaksud mengatur urusan umat.mnkla politik Islam ialah mengatur urusan umat dgn cara Islam…bknkah Rasulullah dan para sahabat berjuang menjadikan Islam sebagai mabda'(cara hidup) bg setiap individu, masyarakat dan negara.inilah hasil kejayaan ‘sang sekular’ yg cuba memisahkan antara agama dgn kehidupn dlm jiwa umat Islam..Islam hanya dilihat dari aspek ruhiyyah tetapi diabaikan dlm aspek kehidupan..kini kita sebagai manusia yg sadar,igtlah kita bahwa Ramadhan ialah bulan Ruhiyyah dan Siasah(politik)

Peristiwa-peristiwa Penting Dalam Bulan Ramadhan:

1) Perang Badar – Pagi Jumaat 17Ramadhan Tahun 2Hijrah.

  • Inilah perang yg pertama umat Islam. Di mana pada ketika itu umat Islam hanyalah 300 orang menentang quraish Makkah yg seramai 1000 orang. Bayangkan lah sekiranya kesemua 300 org ini gugur di medan Jihad,tiadalah kita pada hari mengucap Syahadah. Apakah perang ini tidak memberi apa-apa makna kpd kita? Alhamdulillah,dgn izin Allah kemenangan perpihak kpd umat Islam dan kemenangan ini memperkuatkan lagi Daulah Islamiyah.

2) Pembebasan kota Makkah – 20 Ramadhan Tahun 8Hijrah

  • Kota Makkah dibebaskan tanpa pertumpahan darah

3) Persiapan perang khandak – 5Hijrah

4) Kepulangan para pejuang Islam dari Perang Tabuk

5) Utusan Thaif datang ke Madinah untuk menyatakan keIslaman

6) Utusan raja-raja Himyar datang untuk menyatakan keIslaman (9H)

7) Utusan raja-raja Himyar datang untuk menyatakan keIslaman (9H)

Byk lagi peristiwa2 penting kepada peluasan Islam yg berlaku pada Bulan Ramadhan ini yg tidak hanya merujuk pada ruhiyyah semata-mata. contohnya, Muhammad Sa’id Mursy dan Qasim Abdullah di dalam bukunya, Ramadhaniyat mencatat sejumlah peristiwa politik yang berlaku di bulan Ramadhan. Antaranya adalah kejayaan Salahuddin al-Ayubi menghancurkan dan menguasai kota ‘Asqalan, yang merupakan pintu masuk ke Al-Quds. Pada hari penaklukannya Salahuddin al-Ayubi berkata, “Demi Allah, sesungguhnya penghancuran benteng di ‘Asqalan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku. Ini adalah kerana penguasaan ‘Asqalan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin”. Pada 583Hijrah, Salahuddin al-Ayubi berjaya mengalahkan tentera Salib dan membebaskan sebahagian besar negeri yang telah dikuasai. Tentera Islam terus berperang sehingga berjaya merampas benteng Shafad yang terkuat. Ini berlaku pada pertengahan Ramadhan. Pada tahun 658H(Jumaat 25 Ramadhan), tercetus Perang Ain Jalut antara kaum Muslimin dan pasukan Tartar. Ia merupakan perang besar dalam sejarah Islam di mana tentera Islam yang diketuai oleh Saifuddin Qutuz telah berjaya mengalahkan tentera Mongol yang terkenal kejam itu.

saudaraku sekalian…

semoga apa yg disampaikan ini dpt kita memahami konteks Islam Kaffah(menyeluruh) yg mana Ruhiyyah dan politik tidak terpisah dalam Islam…semoga Ramadhan kali ini dpt dirasai penuh kemikmatannya…da’wah is non-stop walaupun pada bulan Ramadhan…

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu (bayyinat) dan pembeda / furqan (antara haq dengan bathi)” [TMQ al-Baqarah [2]: 185]

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah” [TMQ Imran[3] : 110]

WE ARE NOTHING WITHOUT ISLAM…

1 Comment


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s