MALAYSIA SYURGA BAGI PELACUR!!!


Assalamualaikum wbt…

da agk lame ana xupdate blog nie…agk bz la plak..insya’Allah kali nie ada lagi satu perkara utk dikongsi utk kegunaan kita bersama iaitu berkaitan coretan akhbar berkaitan pelacuran sejak 4thn ini…

36,858 pelacur asing kena tahan

KUALA LUMPUR: Seramai 36,858 wanita warga asing ditahan kerana melacur sejak empat tahun lalu di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata daripada jumlah itu, 7,810 wanita asing ditahan sepanjang sembilan bulan tahun ini.

“Mereka termasuk wanita Uzbekistan. Seramai 211 wanita negara itu ditahan sejak 2005 dengan 56 daripadanya ditahan tahun ini.   “Perangkaan itu cukup membimbangkan kerana boleh menjejaskan imej negara jika tidak ditangani segera,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pelacur asing terbabit, terutama dari Uzbekistan mampu menikmati kehidupan mewah hasil kegiatan tidak bermoral itu seperti dilaporkan media sebelum ini termasuk pendapatan RM100,000 sebulan.  “Polis memandang serius kegiatan ini dan operasi sentiasa dijalankan bagi membendungnya. Sejak sejak 2005 hingga 30 September lalu, 191 individu dihadapkan ke mahkamah kerana menganjurkan pelacuran.   “Seramai 265 individu lagi dikenakan tindakan undang-undang pencegahan. Polis akan menggempur sarang pelacuran di seluruh negara bagi memastikan Malaysia bersih kegiatan tidak bermoral,” katanya.

Beliau turut meminta agensi berkaitan terutama Jabatan Imigresen memperketatkan pemeriksaan wanita warga asing di semua pintu masuk negara.

Sumber:(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20091006013601/Article/index_html)

Ulasan Zulkhairi…

Aduh…dhsyatnye statistik ni…cukup menejutkan.ini hanyalah statistik bagi warga asing,bagaimana pula warga tempatan.jika diperhati pada topik ana yg lepas (Bayi ade,mak bapak xde?),tahulah kita apakah sedikit berkaitan masalah2 yg berlaku bagi warga tempatan…arak,judi,zina dan zina seolah2 tiada penyelesaian di Malaysia…Astaghfirullah…

Di mana peranan pemerintah?jika di bln suci Ramadhan dijadikan alasan utk tidak melaksanakan hukum Islam bagi kes Kartina,bagaimana pula pada hari ini?

Wahai pemerintah  yang berkuasa pada hari ini! Kamu adalah orang yang memegang kekuasaan. Apakah angka statistik yang dipaparkan ini tidak membawa apa-apa makna kepada kamu? Apakah kamu merasa tidak bersalah dengan keadaan ini? Ketahuilah bahawa semakin ramai individu masyarakat yang berada di bawah kekuasaan kamu ini yang menganggap kebahagian itu sebagai pemuasan hawa nafsu semata-mata. Inilah natijah dari penerapan sistem yang mengenepikan peranan Allah dalam kehidupan.

Wahai sahabatku sekalian…sadarlah kita akan peranan kita sebagai seorg muslim.bukan sekadar solat,puasa,zakat dan mgerjakan haji semata-mata…tetapi diwajibkan ke atas kita memikul peranan dakwah.AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR!adakah setelah ahli keluarga kita terlibat dgn masalah ini baru kita mula melenting…

Bangkitlah dgn fikrah(pemikiran) Islam yg jelas.bangkitlah dgn thariqah(jalan) yg jelas.semakin lambt kbgkitan Islam,smakin sengsara umat Islam…mereka berasa bahagia dgn maksiat yg dilakukan,sebenarnya kesengsaraan  dan azab yg dahsyat menanti mereka…adakah kita terlepas??bersamalah kita beruasaha bersama mengembalikan syariat Islam dgn adanya sistem pemerintahan Islam sebagaimana jln kenabian iaitu Khilafah…

Insya’Allah semoga apa yg disampaikan ini dpt kita manfaatkan bersama…sekian,wslm…

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s