BAJET : DIMANAKAH LETAKNYA ISLAM?


Assalamualaikum wbt…
Sedang bahang2 aura final exam, ana tertarik pula akan pembentangan Bajet 2010 baru2 ini…alangkah peliknya umat Islam hari ini kerana langsung tidak pedulikan ekonomi Islam dan berkelakuan seolah-olah Islam tidak mengajar cara berekonomi…

Saidina Umar alKhattab…Khalifah Umar Abdul Aziz…nama ini tidak asing bagi kita sebagai pemerintah yg telah memerintah negara dengan cemerlang. Melimpah ruah kekayaan negara yg dipimpin oleh mereka. Islam telah berkembang 2/3 dunia di bwh naungan Khilafah…mana mungkin sesebuah negara boleh berkembang jika tiada ekonomi yg baik…tp pada hari ini, suara mejoriti lebih berkuasa dari hukum Allah.. Apakah para Khalifah dan Rasulullah SAW pernah membentangkan bajet negara untuk diluluskan secara majoriti?

Ikhwan sekalian..
Sesungguhnya tidak ada konsep ‘pembentangan’ bajet tahunan di dalam Daulah Islam. Ini kerana, tidak ada ‘undang-undang’ yang perlu dibuat (atau diluluskan dengan suara majoriti) setiap tahun berhubung bajet negara. Bajet negara juga tidak perlu dibentangkan kepada Majlis Ummat (Majlis Syura) dan pendapat mereka juga tidak perlu diminta. Dalam sebuah negara demokrasi, persoalan bajet dengan segala rinciannya adalah satu perkara (yang mesti dijadikan) undang-undang. Ia perlu dijadikan undang-undang pada setiap tahun. Undang-undang dalam sistem demokrasi pula perlu digubal di Parlimen. Kerana itulah, bajet mestilah ‘dibentangkan’ (sebagaimana rang undang-undang lainnya) di Parlimen bagi mendapatkan kelulusan. Daulah Islam tidak memerlukan ini semua! Perbendaharaan dalam Daulah Khilafah wajib diatur berdasarkan hukum syarak yang diistinbat (digali) dari Al-Quran dan Sunnah, dan wajib dibelanjakan, juga berdasarkan hukum syarak yang ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah. Kesemua ini merupakan hukum syarak yang bersifat tetap dan manusia tidak dibenarkan mengatur sumber pendapatan dan perbelanjaan negara mengikut akal-akal mereka. Setiap kategori dalam bajet adalah bersifat ‘tetap’ kerana telah ditetapkan oleh syarak.

Bajet 2010 Vs. Ekonomi Islam…
Baik secara umum mahupun secara rincinya, bajet yang dibentangkan oleh kerajaan adalah bertentangan dengan Islam. Ini kerana, hal ini tidak pernah ditunjukkan oleh Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa sahaja yang melakukan suatu amalan yang tidak menepati urusan kami maka ia adalah tertolak” [HR Muslim dan Ahmad].

Antara sebab dan nas-nas lain adalah:-

Pertama: Sumber pendapatan terbesar bajet Kapitalis adalah dari cukai atau berasaskan cukai. Padahal, memungut cukai adalah sesuatu yang teramat jelas haramnya. Islam telah menerangkan keharaman cukai dengan tegas di mana Rasulullah SAW bersabda,

“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga.” [HR Ahmad, Abu Dawud dan Al-Hakim].

Sabda baginda yang lain,

“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].

Baginda juga bersabda,

“Sekiranya kamu menjumpai pemungut ’usyur (cukai yang dipungut di sempadan antara negara Islam dan negara kufur), maka bunuhlah dia” [Musnad, Imam Ahmad bin Hambal].

Justeru, haram bagi negara memungut cukai dari rakyat untuk pendapatan negara.

Kedua: Bajet itu juga tidak membezakan jenis pemilikan yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu antara pemilikan individu, pemilikan negara dan pemilikan umum. Oleh itu, adalah haram jika kerajaan mengumpul harta kekayaannya hasil daripada cukai atau hasil dari rampasan milik individu (milkiyyah al-fardiyyah) seperti pelbagai jenis cukai dan bayaran paksaan lainnya. Juga, haram bagi kerajaan mengaut keuntungan dari kekayaan/hak yang berupa milik awam (milkiyyah al-ammah) seperti minyak, gas, galian, air, elektrik, pendidikan, kesihatan dan seumpamanya Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW,

“Harta seseorang Muslim itu tidak dihalalkan (bagi Muslim yang lain), kecuali dengan kerelaan hatinya.”

Baginda juga bersabda,

“Harta setiap orang Islam, kehormatannya dan darahnya diharamkan bagi orang Islam yang lain” [HR Abu Dawud dan Ibnu Majah].

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi SAW bersabda,

“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud].

Anas r.a pula meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas r.a tersebut dengan tambahan, “wa tsamanuhu haram” (“dan harganya adalah haram”).

Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda,

“Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api” [HR Ibnu Majah].

Air, padang ragut dan api (tenaga) adalah tiga perkara yang Rasulullah benarkan semua orang berkongsi di dalamnya dan baginda melarang mana-mana orang/pemerintah menghalangi orang lain dari menggunakannya, apatah lagi mengaut keuntungan darinya sepertimana yang dilakukan pemerintah saat ini.

Hasil Pendapatan Daulah Islam
Ramai diantara kita terfikir sekiranya cukai hukumnya haram,bagaimana negara mahu mendapatkan hasil…Insya’Allah ana akan bentangkan secara ringkas Hasil tetap Daulah Islam.

1. Harta milik negara. Harta ini dibelanjakan mengikut pandangan dan ijtihad khalifah.

Sumber Pendapatan
1. Kharaj (bayaran ke atas tanah yang dimiliki penduduk dari wilayah dimiliki penduduk dari wilayahyang ditakluk Khilafah)
2. Usyur (duti import kpd kafir harbi)
3. Jizyah (dipungut setiap tahun dari
orang2 kafir zimmi yg mjd warga Khilfah
4. Fa’i (harta rampasn prg krn musuh lari)
5. Ghanimah (20% diambil l drpd rmpasan prg)
6. Rikaz (1/5 drpd brg2 yg ditemui)
7. Industri besi dan keluli
8. Industri lain yg dimiliki daulah

Perbelanjaan…
Harta ini dibelanjakan untuk kemaslahatan mengikut pandangan Khalifah. Harta ini juga digunakan untuk membayar gaji pegawai daulah.

2. Zakat iaitu sbg ibadat dan menjadi kewajipan umat Islam untuk megeluarkannya dan dibelanjakan mengikut 8 asnaf yg tlah ditentukan oleh nash syara’

Zakat
1. Zakat fitrah
2. Zakat harta:
a) Tanaman
b) Ternakan
c) Emas dan perak
d) Perniagaan

Perbelanjaan…
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil
4. Pembebasan hamba
5. Berjihad dijalan Allah
6. Ibnu Sabil
7. Gharimi – orang yg bhutang
8. Muallafah qulubuhum – orang yg dpujuk hatinya untuk masuk Islam

3. Harta milik awam untuk dimanfaatkan oleh semua orang dengan cara Khalifah mengagihkan sama rata harta kekayaan tersebut kpd semua rakyat.

Pendapatan
1. Petroleum
2. Harta kekayaan dari hasil galian
3. Bayaran elektrik
4. Keuntungan laluan keretapi
5. Keuntungan saluran telekomunikasi
6. Dan harta milik
awam yang lain

Perbelanjaan…
Ia dibelanjakan utk suatu aktvti yg boleh memberikn mnfaat kpd semua rakyat. Harta kkayaan ini juga boleh diberikan secara sama rata untuk menaikkan taraf hidup rakyat.

4. Cukai atau dana yang dikkutip apabila Baitul Mal tidak mempunyai wang untuk memenuhi keperluan apabila berlakunya kecemasan atau bencana alam.

Pendapatan…
Cukai iaitu wang yg dikutip drpd org Islam yg kaya. Ia hanya dibenarkan apabila tiada wang dalam Baitul Mal

Perbelanjaan…
1. membiayai fakir, miskin, ibnu sabil, org Islam yg masih terlantar dan jihad.
2. Menguruskan pentadbiran Daulah
3. Menjamin kemudahan asas bagi rakyat
4. Bencana alam

Sahabatku sekalian
Bukankah Islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi drpdnya. Mengapa perlu kita berteguh kpd sistem ekonomi kapitalis ini. Sedarlah, Islam adalah wahyu dari Allah. Kita juga diberikan nyawa oleh Allah. Adakah kita bahagia dengan tidak bersistemkan pada sistem Allah?

1 Comment

  1. Assalamualaikum… Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    “Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain”(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    “SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT”

    “Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    “Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”. – Surah Al-Asr:1-3.

    blog anda bagus dan bermanfaat…!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s