PERJUANGAN INTELEKTUAL TANPA SENJATA


PENEGAKKAN DAULAH ISLAMIYYAH YANG HAKIKI:
PERJUANGAN INTELEKTUAL TANPA SENJATA

Assalamualaikum wbt….
Alhamdulillah…final da setel…hehe insya’Allah pada 20-22hb.11.2009 nie ade program bg sesiapa yg berminat di sekitar kuala lumpur…ia akan membincangkan topik2 yg sgt2 penting dalam Islam..makan dan tambang atau minyk transport disponsor..nti akan diberi ruangan utk claim tambang…khusus kpd muslimin sahaja…bg yg berminat boleh hubungi 013-7172320 – zulkhairi…

Insya’Allah ana ingin berkongi sedikit perkara berkaitan Metodologi Dakwah Rasulullah…
Jika dikaji, Rasulullah tidak pernah berperang sebelum Madinah menjadi Negara Islam. Raulullah juga tidak pernah berkongsi kuasa dgn pihak kufar dalam perihal pemerintahan. Namun, sungguh agung step2 dakwah intelektual tanpa sejata yang dilakukan Rasulullah. Mengapa tidak kita mencontohi Baginda?

JANGAN TERPEDAYA DAN LEKA?!!

Sahabat sekalian, beberapa post telah ana publish utk renungan kita bersama…kita maklum akan peristiwa Keruntuhan Islam Di Turki Uthmaniyah. Kita juga nampak akan kesan2 drpd keruntuhan Khilafah Turki Uthmaniyah dan kecelakaan sekularisme…utk rujukan,sila rujuk di…

1) KERUNTUHAN DAULAH TURKI UTHMANIYAH
2) BAYI ADE,MAK BAPAK TAK ADE?!
3) SEMALAM,HARI INI,MUNGKINKAH ESOK?
4) BAJET : DIMANAKAH LETAKNYA ISLAM?
5) Sistem Sekular Menindas Wanita

Kemuliaan Islam benar2 dicabar setelah kejatuhan Islam. Umat Islam dihina, dibunuh, ditindas… Sang Kapitalis kini yang menetukan baik buruk umat Islam dlm pelbagai aspek tmsuk ekonomi..umat Islam kini hanya mengikut walaupun telah jelas ekonomi Islam yg berbeza dri ekonomi kapitalis..lbih hebat lg, ada yg trus memperjuangkan ideology sesat ini.
Jadi, adakah kita redha akan semua ini? Jgn pernah sesekali redha akan perkara2 yg merendahkan martabat Islam!!!

Ikhwan sekalian…

Usaha-usaha kearah mengembalikan martabat Islam sedang perlangung di seluruh penjuru dunia. Jangan kita tergolong dari mereka2 yg leka, tp bersamalah kita bsama2 menaikkan martabat Islam. Contohilah metode dakwah Rasulullah….

Marhalah Dakwah Rasulullah

Pemuka-pemuka dari Aus dan Khazraj ini telah melakar satu detik bersejarah dalam rentetan perjuangan gerakan Islam terulung di dunia…mereka telah mengisi sebuah perjuangan yang tidak ada tolok bandingnya dalam marhalah kedua dakwah Rasulullah SAW.
Perjuangan Rasulullah boleh diringkaskan seperti berikut….

1. Marhalah Tasqif – tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu2 yang meyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.

2. Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah – tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

3. Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi – tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah ke seluruh penjuru dunia.

Selesai marhalah pertama di rumah Arqam bin Abi Arqam, dan melangkah ke fasa kedua dalam perjuangan suci Baginda SAW membawa risalah ke seluruh penjuru bumi Arab, anggota gerakan Islam ini mula disiksa, ditindas, dimaki hamun; malah ada pengikutnya dibunuh dan ditimpa berbagai bentuk penyiksaan yang sekelumit sahaja dapat dicoret oleh tinta, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tanpa mengenal penat lelah Baginda SAW memohon pertolongan kepada beberapa kabilah untuk melindungi gerakan Islam ini namun hasilnya amat mendukacitakan. Di Thaif kekasih Allah ini dibaling dengan batu, sedangkan binatangpun tidak layak diperlakukan demikian. Kalau adapun kabilah yang mahu membantu, mereka meletakkan pelbagai syarat berbau perkauman namun ternyata Junjungan Mulia SAW menolak, sehingga datangnya jemaah Haji dari Madinah yang sanggup memberikan Nusrah (bantuan dan janji setia) kepada perjuangan Baginda.

Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuang Rasulullah. Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting,
Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Negara Islam dan menerapkan hokum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Ternyata setelah Rasulullah SAW melakukan hijrah ke Madinah, sebagai detik yang dinantinatikan oleh penduduk Yathrib, Kaum Ansar bersedia untuk mempertahankan Baginda SAW dengan kemampuan semaksima mungkin dan tampuk pemerintahan diserahkan kepada Rasulullah SAW dimana Negara yang diasaskan oleh Baginda SAW kemudian menjadi Kuasa Besar di dunia dan diperintah dengan hukum-hakam yang diredhai oleh Allah SWT.

Mahasiwa-mahasiswa yg akan menyambut seruan Ilahi sekalian…

Inilah perjuangan intelektual tanpa senjata yg perlu kita contohi…
“(Dan) Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada Al Khair (Islam), menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran 104).

“Ya Nabiyullah. Dahulu, tatkala kami masih musyrik, kami dimuliakan. Tetapi tatkala kami telah beriman, kami dihinakan”. Rasulullah saw menjawab:
“Aku telah diperintahkan untuk menjadi orang pemaaf. Oleh kerana itu, janganlah kalian memerangi mereka (Quraisy)”. (HR An Nasa’i)

“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: ‘Tahanlah tanganmu (dari berperang), dan dirikanlah salat’” (An Nisa 77).

4 Comments

  1. itu bukan lah cara orang bijak selesaikan masalh..tinggalakn demokrasi akan mengembirakan meraka dan mereka lebih berkuasa,ia serupa seperti tidak buat apa2 ketika anak(yg perempuan) anda dirogol dan anda tidak buat apa2..

    bukankah itu tindakan yg kurang pandai,sedangkan anda mampu mengubahnya..

    amibil contoh ini pula,jika ada Al-Quran benar2 di bawah tapak kaki anda(kire dipijak)dan ketika itu anda sedang dalam keadaan yg kotor,hina dina,pada masa itu anda tidak punyai wudu’ dan jika berubah keadaan(tidak pijak)anda akan terkena jerat yg akan membunuh anda..,adakah anda akan mengambilnya atau biarkan nya ???

    pasti anda mahu mengambilnya sekalipun dalm keadaan sedemikian..buknkah tidak dibenarkan memegang Al-Quran jika dalm kedaan tiada wudu’ dan membunuh diri jika beralih tempat ???

    sama situasi ini pada masa sekarang,anda pijak(tidak amalkan dalam Al-Quran),hina dina dan tiada wudu'(iman yg tidak kuat,senipis kulit bawang juga ikut demokrasi yg kotor),dapat angkat Al-Quran(dapt buat sistem Islam),membunuh diri(diancam oleh pihak atas dasar kita tegak haq)

    anda mahu juga ambil Al-Quran,tapi dgn cara yg salah walaupun tahu akan bahaya yg datang,ia adalah mereka yg tahu keburukn demokrasi dan ambilnya sebagai jalan untuk tegak Islam sekalipon tahu bahaya da ia tidak mampu(kan nnti mati kne jerat)

    bagi yg tidak ambil,ia lagilah menghina Al-Quran,sampai hati tak nak amil,apa punya muslim ni..by the way Islam is the way to solve the problem(perpecahan) but key to solve is media yg kuat pengaruh..

    saya tidak tujukan kepada sesiapa tapi kepada anda yg tinggal demokrasi..
    jika silap ajarkan saye yer,

  2. itu bukan lah cara orang bijak selesaikan masalh..tinggalakn demokrasi akan mengembirakan meraka dan mereka lebih berkuasa,ia serupa seperti tidak buat apa2 ketika anak(yg perempuan) anda dirogol dan anda tidak buat apa2..

    bukankah itu tindakan yg kurang pandai,sedangkan anda mampu mengubahnya..

    amibil contoh ini pula,jika ada Al-Quran benar2 di bawah tapak kaki anda(kire dipijak)dan ketika itu anda sedang dalam keadaan yg kotor,hina dina,pada masa itu anda tidak punyai wudu’ dan jika berubah keadaan(tidak pijak)anda akan terkena jerat yg akan membunuh anda..,adakah anda akan mengambilnya atau biarkan nya ???

    pasti anda mahu mengambilnya sekalipun dalm keadaan sedemikian..buknkah tidak dibenarkan memegang Al-Quran jika dalm kedaan tiada wudu’ dan membunuh diri jika beralih tempat ???

    sama situasi ini pada masa sekarang,anda pijak(tidak amalkan dalam Al-Quran),hina dina dan tiada wudu'(iman yg tidak kuat,senipis kulit bawang juga ikut demokrasi yg kotor),dapat angkat Al-Quran(dapt buat sistem Islam),membunuh diri(diancam oleh pihak atas dasar kita tegak haq)

    anda mahu juga ambil Al-Quran,tapi dgn cara yg salah walaupun tahu akan bahaya yg datang,ia adalah mereka yg tahu keburukn demokrasi dan ambilnya sebagai jalan untuk tegak Islam sekalipon tahu bahaya da ia tidak mampu(kan nnti mati kne jerat)

    bagi yg tidak ambil,ia lagilah menghina Al-Quran,sampai hati tak nak amil,apa punya muslim ni..by the way Islam is the way to solve the problem(perpecahan) but key to solve is media yg kuat pengaruh..

    saya tidak tujukan kepada sesiapa tapi kepada anda yg tinggal demokrasi..
    jika silap ajarkan saye yer,,

  3. terima kasih atas komen saudara.setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza.insya’Allah kita kongsi untuk manfaat kita bersama.

    berkaitan dengan persoalan demokrasi,saudara memberikan contoh AlQuran dipijak..benr kita perlu menjaga maruah Islam..tetapi yg berlaku realiti sekarang,kita diberi objektif dan umat Islam mahu terus menjawab dgn objektif…

    sedar tak sedar,demi menyelamatkan satu kitab Quran yg dipijak akan menyebabkan lebih banyak kitab Quran yang lain akan dipijak.

    jadi apa yang kita perlu buat,kebangkitan2 berdasarkan hukum syara’ yang menjadi pegangan dalam kebangkitan kita.

    penghinaan yang lebih teruk dalam dunia dalam sistem sekarang ini..umat Islam terus ditindas,di hina dgn lebih kejam,muslimah dirogol,kanak2 dibunuh,ekonomi yang menjadikan riba sbg teras….

    semua ini tidak akan berhenti tanpa sitem pemerintahan Islam ‘khilafah ala minhaj annubuwah’…kita sering dgr hadis riwayat Ahmad dimana Khilafah akan kembali sebagaimana manhaj kenabian…tetapi bukankah kita sebenarnya akan melambatkan kebangkitan Islam dgn mengambil sistem pemerintahan ciptaan manusia ini…

    dimanakah bukti kejayaan sistem pemerintahan ciptaan manusia ini?adakah peristiwa Palestin dan semenanjung Gaza membuktikan kejayaan sistem manusia ini?tetapi Khilafah membuktikan Islam memayungi 2/3 dunia.demokrasi dan Khilafah mustahil untuk disatukan..tersangat2 berbeza…semakin lama kita berpegang pada sistem manusia ini,semakin lambatlah sistem pemerintahan Islam akan kembali…janganlah kita memandang dari sudut glokal sahaja,tapi marilah kita bersama2 memandang dari sudut global..terlalu byk penderitaan yang mereka alami berbanding kita di Malaysia..kerna itulah juga kebangkitan Islam di Malaysia tsgt2 slow berbanding mereka di negara2 umat Islam yang lain.

    jazakallah khair….

  4. Salam …

    Saudara ‘Ada 2jelah’,

    Kefahaman saudara yang mengkiaskan suasana realiti hari ini dengan kes anak dirogol dan AlQuran dipijak, saya kira perlu diteliti lebih lanjut. Pertama, cara begini bukanlah metodologi yang boleh digunakan dalam menghalal atau mengharamkan sesuatu perkara. Malah ia bertentangan dengan perkara wadh’i dalam ushool fiqh dalam istinbat hukum. Kedua, jika saudara menggunakan kiasan tersebut sekadar untuk memberi penjelasan yang mudah, masih lagi kiasan ini sama sekali tidak sesuai untuk dikaitkan dengan demokrasi.

    Satu pertanya jujur yang bukan untuk menduga. Bagaimana untuk melatakkan demokrasi dalam minhaj dakwah nabi yang wajib kita turuti?Sekian.

    Just my2cent,
    wuzara


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s