RUANGAN FIQH


Soal Jawab : Bid’ah

Soalan:

Dalam suatu pertemuan, kami ada membincangkan masalah bid’ah secara istilah. Sebahagian daripada kami mengatakan bahawa bid’ah itu mencakupi semua bentuk yang menyalahi ketentuan asy-Syâri’. Sedangkan sebahagian yang lain mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bid’ah itu hanyalah penyimpangan ketentuan asy-Syâri’ dalam bab ibadah. Kami ingin memohon penjelasan tentang masalah ini. Semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik kepada anda.

 (download)

 

Tidak Solat Jumaat Kerana Bekerja

Soalan :

Ustaz, apakah hukumnya tidak solat Jumaat disebabkan sedang bekerja, misalnya pegawai keselamatan, pekerja kilang, pegawai hotel dan lain-lain?

(download)

 

Hukum Pegawai Menerima Hadiah

Soalan :
Ustaz, bolehkah seseorang pegawai menerima hadiah misalnya daripada teman, kawan-kawan dan lain-lain?
(download)
 

Pakaian Daripada Kulit Babi

Soalan:

Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut, iaitu hari Jumaat?

(download)

 

Memuhasabah Pemimpin Secara Terbuka

Soalan:

Bolehkah kita memuhasabah pemimpin secara terbuka, sama ada secara berdepan mahupun melalui demonstrasi?

 (download)

 

Soal Jawab Berkenaan Masalah Pembekuan Embrio Dan Penentuan Jenis Jantina Anak

Soalan:

Dewasa ini terdapat pelbagai kajian ilmiah yang dilakukan secara terang-terangan di mana sebelum ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi, iaitu yang pertama berkenaan ‘pembekuan embrio’ dan yang keduanya adalah berkenaan “penentuan jenis jantina anak”. Di negara-negara Barat, hal ini telah menjadi suatu komoditi (barangan)  yang diperdagangkan. Kemudian perkara ini telah tersebar ke negeri-negeri kaum Muslimin. Kini masalahnya tidak lagi hanya sekadar kajian ilmiah, tetapi ia juga telah menjadi permintaan oleh sebahagian kaum Muslimin untuk dipraktikkan. Untuk itu, apakah  hukum syara’ dalam dua permasalahan tersebut? Semoga Allah memberikan balasan yang baik kepada pihak tuan.

(download)

 

Hukum Memutuskan Hubungan (Muqatha’ah) Sesama Muslim

Soalan:
Apakah hukumnya mereka yang memutuskan hubungan atau memboikot (muqatha’ah) sesama Muslim? Adakah dengan muqata’ah tersebut bererti dalam masa yang sama mengkafirkan seseorang? Jika tindakan tersebut dikaitkan dengan tindakan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam terhadap Ka’ab dan beberapa orang sahabat, adakah tindakan tersebut hanya boleh dilakukan di peringkat negara atau ia merupakan hak semua orang?

(download)

 

Status Golongan Yang Tidak Berhukum Dengan Hukum Allah

Soalan:

Dalam al-Quran terdapat celaan yang amat keras terhadap mereka yang tidak menerapkan hukum berdasarkan hukum yang diturunkan oleh Allah subhanahu wa taala. Dalam ayat 44 surah al-Maidah, mereka dicela sebagai orang kafir. Dalam ayat seterusnya, disebut sebagai orang yang zalim, dan dalam ayat ke 47 surah al-Maidah pula mereka dicela sebagai orang fasik. Bagaimanakah status ketiga-tiga sifat tersebut?

(download)

 

Hukum syarak terhadap isu Gaza

Soalan:

Saya tertarik dengan demonstrasi yang dilakukan oleh HTM di hadapan Kementerian Pertahanan baru-baru ini, antara yang digesa oleh HTM adalah agar Angkatan Tentera Malaysia pergi ke Semenanjung Gaza dan melakukan jihad di sana. Sememangnya demonstrasi ini berlainan sekali dengan demonstrasi yang dilakukan oleh gerakan-gerakan Islam yang lain, yang nampaknya takut untuk mengeluarkan usul jihad. Walaupun saya boleh mengagak, tetapi adalah baik kiranya HTM menjelaskan sendiri kenapakah HTM memilih Kementerian Pertahanan?  Dan pada pendapat HTM, kenapakah isu Gaza atau Palestin ini menjadi satu isu yang perlu diutamakan sehingga banyak demonstrasi di adakan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia? Juga, apakah terdapat penyelesaian lain untuk Palestin selain jihad yang diserukan oleh HTM?

(download)

 

Hukum Melibatkan Diri dalam Perayaan Krismas dan Perayaan Agama Lainnya

Perayaan Krismas yang disambut golongan Kristian dan turut dimeriahkan oleh umat Islam masih sahaja boleh dilihat di mana-mana tempat di Malaysia. Kemalasan dan kejahilan umat Islam di dalam memahami hukum syarak telah menyaksikan saban tahun Krismas disambut mereka bersama golongan kuffar Kristian ini. Bahkan, hampir tidak ada perayaan Krismas yang dianjur besar-besaran yang tidak dihadiri oleh pemimpin Negara mahupun tokoh politik lainnya.

 (download)

 

Apakah Negara Khilafah Wajib Membayar Hutang Luar ‘Rejim’ Sebelumnya?

Soalan:

Jika Daulah Khilafah Islamiyah telah tertegak nanti, bagaimanakah Daulah mengatasi masalah hutang luar negeri yang telah diambil oleh ‘rejim’ sebelumnya? Bagaimana pula dengan jumlah riba yang telah pun dipersetujui untuk dibayar oleh ‘rejim’ sebelumnya? Dari manakah Daulah mendapat dana untuk pembayaran sisa hutang luar negeri yang diwariskan oleh ‘rejim’ sebelumnya?

 (download)

 

Hukum menghina Nabi

Soalan :

Kebelakangan ini, perbuatan biadab orang-orang kafir menghina Nabi semakin menjadi-jadi. Terbaru, pengarang The Jewel of Medina, Sherry Jones dari Amerika pula yang menghina Nabi dan memfitnah Siti Aisyah melalui novelnya itu. Sejak dulu lagi, pelbagai reaksi yang dapat kita saksikan dari umat Islam berhubung isu ini, namun tidak pernah dapat menyelesaikan masalah. Apakah reaksi dari Hizbut Tahrir dalam hal ini?

(download)

 

Hukum orang kafir menyertai gerakan Islam

Soalan:

Dalam keghairahan beberapa parti berasaskan Islam di dunia hari ini melibatkan diri dalam pilihan raya untuk mendapat tempat dalam pemerintahan, mereka mula mencanangkan keahlian parti mereka kepada non-Muslim. Soalan saya ialah, apakah pendapat Hizbut Tahrir berkenaan dengan keanggotaan mereka ini dalam parti Islam di mana saya memandang seperti ada perkara yang tidak kena di sini?

(download)

 

Skandal Liwat’ Negara Malaysia

Soalan :

Negara dikejutkan sekali lagi dengan peristiwa ‘skandal seks’, iaitu seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang berumur 62 tahun, yang sakit di bahagian tulang belakangnya, juga tengkoknya dan kedaratnya mungkin tidak segagah dulu, telah berjaya ‘meliwat’ seorang anak muda yang berumur 23 tahun, gagah perkasa dan tinggi lampai orangnya. Yang menariknya kejadian ini bukan sekali dua, tetapi berkali-kali, bahkan ada yang pegawai unit-unit tertentu menyebarkan khabar angin bahawa si pemuda yang gagah perkasa ini telah diliwat dengan rakus sekali, dengan orang tua yang kedaratnya mungkin jauh kurang dari mangsanya. Beberapa pihak menjelaskan tentang bagaimana kes ini perlu ditangani, ada yang memberi cadangan supaya dilakukan muhabalah, ada yang kata perlu penghakiman dalam Islam dan ada yang menginginkan kedua-duanya.

 (download)

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s